Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:57
Isyak
8:12
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Search Distance From Your Location = 1 KM
100 M 1 KM
No restaurant found within  from your distance.
Setempat0

Ustaz Norfarihin jalani latihan di Jabatan Fatwa Jordan

Kini lanjutkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh di Universiti Jordan
Nov 23, 2020 | 05:30 AM

MINAT mendalami lagi keilmuan agama, terutama dalam bidang Fiqah, Usul Fiqah dan Ifta' (pemfatwaan) sejak kecil telah mendorong Ustaz Muhammad Norfarihin Norazman memburu kelayakan yang lebih tinggi.

Meskipun dengan pandemik Covid-19 yang melanda sehingga memaksa beliau melanjutkan penulisan tesisnya di Singapura, ia tidak sedikitpun mematahkan semangat beliau untuk terus menggenggam sarjana dalam bidang yang digemarinya itu.

"Sejak kecil lagi saya amat berminat dengan kajian serta perbahasan Fiqh dan karya-karya ulama.

"Dengan sarjana ini, ia dapat membantu saya menambah keahlian dan pengetahuan saya dalam cabang ilmu Fiqah dan Usul Fiqah, yang kededua-nya antara keilmuan teras dalam bidang pemfatwaan," jelas Ustaz Muhammad Norfarihin, yang mempunyai ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Fiqh dan Fatwa dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan kini melanjutkan pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh di Universiti Jordan.

Minat tersebut terus berkembang apabila beliau diberi peluang menjalani latihan sambil bekerja di Jabatan Fatwa Kerajaan Jordan sekitar tiga tahun lalu.

Ini sekali gus membantunya meluaskan pengalaman bekerja selain mendalami lagi ilmu agama, menurut Ustaz Norfarihin.

"Banyak pengalaman dan manfaat yang saya raih ketika berada di Jabatan Fatwa Kerajaan Jordan.

"Antara pengalaman saya di sana adalah saya akan hadir untuk setiap perjumpaan dengan masyarakat yang datang untuk bertanya masalah agama dengan pengkaji fatwa," katanya.

Di samping itu, beliau diberi beberapa tugasan seperti membuat kajian mengenai beberapa masalah kompleks terkini selain menulis 'fatwa' hasil kajiannya untuk masalah-masalah tersebut.

Beliau, yang merupakan penerima Biasiswa Possiswazah Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada 2018, satu-satunya wakil dari rantau Asia pernah diterima menjalani latihan amali di Jabatan Fatwa Kerajaan Jordan.

Mengongsi bagaimana biasiswa tersebut telah membantunya, Ustaz Norfarihin, 29 tahun, berkata: "Alhamdulillah ia banyak membantu saya dari pelbagai aspek, terutama kewangan kerana pengajian possiswazah di Jordan serta kos sara hidup di Amman agak berat.

"Alhamdulillah biasiswa ini telah membantu melancarkan lagi urusan pengajian saya sewaktu di sana, apatah lagi mata wang Jordan kini lebih kukuh berbanding wang Amerika Syarikat."

Seperti pelajar lain, pelajaran beliau turut terjejas dek pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

Beliau antara mahasiswa Singapura yang telah kembali ke tanah air pada April lalu menyusuli sekatan perjalanan yang dikenakan di beberapa negara Timur Tengah.

Ustaz Norfarihin berkata sekembalinya di sini, beliau banyak meluangkan masa melakukan penyelidikan bagi penulisan tesisnya.

Pertemuan dengan penyelia beliau pula terhad kepada pertemuan menerusi dalam talian, dan menurut anak sulung dalam kalangan tiga beradik itu, ia menjadi antara cabaran yang perlu dilaluinya sepanjang tempoh ini.

Mengongsikan nasihat untuk asatizah lain yang mempunyai cita-cita melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, bekas pelajar Madrasah Al- Irsyad Al-Islamiah dan Madrasah Aljunied Al- Islamiah itu berharap dapat menyumbang kembali kepada masyarakat dalam bidang dakwah, keilmuan agama dan keharmonian silang agama di sini.

Katanya: "Nasihat saya, saya titipkan dengan tiga 'P'.

"Iaitu perluruskan niat dan sebab. Pasangkan azam dan disiplin diri yang tinggi dan terakhir, perlu cinta kepada buku dan ilmu."

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian