Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ustaz Qusairy raih gelaran doktor falsafah

Ketua Darul Quran Singapura percaya seseorang itu tidak harus berhenti dalam mencari ilmu
Nov 23, 2020 | 05:30 AM



Semakin ramai asatizah memburu kelayakan lebih tinggi saban tahun. Ramai juga yang memanfaatkan pelbagai program pembangunan, termasuk Anugerah Possiswazah yang ditawarkan Majils Ugama Islam Singapura (Muis) mahupun Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas). BERITA HARIAN mewawancara beberapa asatizah mengenai kemajuan ini.



WALAUPUN memegang jawatan sebagai Ketua Darul Quran Singapura, Ustaz Dr Qusairy Thaha percaya bahawa seseorang itu tidak harus berhenti dalam mencari ilmu.



"Pencarian ilmu dan perjalanan menjadi ilmuan sentiasa mendapat tempat yang istimewa di sisi Tuhan.



"Dengan merujuk Al-Quran, perkataan ilmu dan kata cambahan yang berasal daripadanya disebutkan lebih daripada 779 kali.



"Ini tidak termasuk perkataan dan lafaz yang lain seperti penggunaan akal fikiran, kefahaman dan pemerhatian," kongsinya.



Menurut beliau lagi, pendidikan awal di madrasah memupuk kesedaran kepentingan menuntut ilmu dan menegaskan bahawa segala jenis ilmu adalah berharga dan perlu dikuasai.



"Ia menjadi faktor kepada kejayaan dalam kehidupan dunia dan akhirat," tambahnya.



Justeru, dengan pegangan tersebut, Ustaz Qusairy sendiri tidak mahu melepaskan peluang memburu kelayakan yang lebih tinggi.



Beliau, yang kini berusia 38 tahun, merupakan penerima kedua-dua biasiswa possiswazah yang ditawarkan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas).



Menyentuh tentang biasiswa yang ditawarkan kepada para asatizah tempatan, Ustaz Qusairy berkata ia "menunjukkan bahawa masyarakat kita secara kolektif serius untuk meningkatkan tahap keilmuan dalam kalangan masyarakat tempatan".



Lantaran itu, ia memberi dorongan kepada pengkaji seperti dirinya untuk terus berusaha agar dapat berkhidmat kepada masyarakat.



"Ia juga menggambarkan komitmen semua pihak yang terlibat ingin melihat kajian yang dijalankan berjaya dan hasil kajian tersebut dapat dimanfaatkan secara bersama. Ini menjadikan proses kajian dan perjalanan penuntut ilmu menjadi lebih lancar dan penuh bermakna," katanya lagi.



Baru-baru ini, beliau telah meraih ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam jurusan Tamadun Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia.



Ustaz Qusairy juga mempunyai kelulusan Sarjana dalam Al-Quran dan Sunnah di Universiti Kebangsaan Malaysia yang diraihnya pada 2016.



Sejak daripada bangku sekolah, Ustaz Qusairy terdorong mengkaji dengan lebih mendalam makna yang terkandung di dalam ayat-ayat Al-Quran.



Ini ditambah lagi dengan keinginan beliau untuk mengkaji kaitan Al-Quran dan ilmu-ilmunya dengan realiti dan konteks kehidupan masa kini.



Dengan menceburi bidang yang diambilnya, ia juga memberi beliau peluang berkhidmat kepada masyarakat dalam bidang ilmu yang penting dalam kehidupan masyarakat Islam di Singapura.



"Pengajian terbaru saya adalah berkaitan kajian tokoh ilmuwan Tafsir Singapura dan pemikirannya yang relevan dalam konteks kehidupan sosioagama di Singapura.



"Khidmat mengkaji bahan-bahan penulisan bersejarah hasil karya ulama silam yang masih terpendam perlu terus dilestarikan.



"Ini bertujuan agar secara kolektif kita dapat menyediakan panduan keilmuan yang berdaya tahan, mampu mengharungi arus cabaran baru dan bahan-bahan kajian ini dapat dihargai semula oleh generasi baru," tambah Ustaz Qusairy, yang juga merupakan anggota Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB).



Ustaz Qusairy turut menggesa agar asatizah muda serta institusi pendidikan tempatan membantu dalam melakar hala tuju pendidikan sepanjang hayat.



Memberikan nasihatnya, beliau berkata: "Para pelajar harus menetapkan fokus kajian mereka berdasarkan kepada keperluan masyarakat semasa dan bagaimana mendapatkan sokongan sumber kewangan yang boleh dimanfaatkan bagi menampung kos kajian dan pembelajaran."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >