Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vaksin Covid-19 akan diberi percuma kepada semua warga: PM Lee

Dec 14, 2020 | 06:59 PM



VAKSIN Covid-19 akan diberi percuma kepada semua warga Singapura dan penduduk yang menetap di sini buat jangka masa panjang, jelas Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Isnin (14 Disember).



Mereka yang berisiko paling besar termasuk pekerja jagaan kesihatan dan pegawai barisan hadapan serta warga emas dan golongan yang mudah dijangkiti akan diberi keutamaan terlebih dahulu, ujarnya dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.



"Selepas itu, jawatankuasa  (terdiri daripada doktor dan pakar yang dibentuk Kementerian Kesihatan bagi mengusulkan strategi vaksinasi bagi Singapura)  akan mengusulkan untuk menjalankan vaksinasi secara beransur-ansur buat penduduk lain dan memberikannya kepada setiap orang yang memerlukan vaksinasi menjelang akhir tahun ini,"  ujar Encik Lee.



Beliau menambah dirinya dan rakan-rakan Kabinet akan mendapatkan suntikan vaksin ini awal sebagai meyakini pengesahan pakar di Singapura yang memberi kebenaran menggunakan vaksin Pfizer-BioNTech bagi kegunaan pandemik.



Kata Encik Lee: "Ini adalah bagi menunjukkan kepada anda, khususnya warga emas seperti saya, bahawa kami mempercayai vaksin ini selamat."



Beliau menggesa orang ramai agar mendapatkan vaksinasi apabila diberi kepada mereka meskipun vaksinasi tersebut dilakukan secara sukarela.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >