Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA STRATEGI VAKSINASI COVID-19 BARU SINGAPURA

Variasi Omicron lebih dominan, jangkitan sedang meningkat

Oct 12, 2022 | 05:30 AM



SUBVARIAN Omicron baru, dikenali sebagai XBB atau BA.2.10, sedang memaparkan ciri-ciri yang ia menguasai subvarian lain, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.



Keadaan itu telah dikesan di banyak bahagian dunia, katanya ketika ditemui media di pusat ujian dan vaksinasi bersama (JTVC) Commonwealth semalam.



Beliau bersama Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, kedua-duanya pengerusi bersama Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19, telah mendapatkan dos penggalak menggunakan vaksin bivalen Moderna/Spikevax di pusat itu.



Vaksin bivalen itu akan mula ditawarkan kepada orang ramai mulai lusa, tiga hari lebih awal daripada Isnin depan yang diumumkan sebelum ini.



Kementerian Kesihatan (MOH) berkata pelancaran vaksin bivalen itu dapat dipercepatkan kerana persiapannya dapat diselesaikan lebih awal.



Selain itu, memandangkan jangkitan Covid-19 disebabkan oleh subvarian Omicron XBB sedang meningkat, memberi suntikan vaksin baru itu lebih awal akan membawa manfaat, kata MOH.



Subvarian itu telah telah dikesan di beberapa negara seperti Australia, Bangladesh, Denmark, India, Jepun dan Amerika Syarikat sejak Ogos lalu, kata MOH di laman webnya.



Ia berkata berdasarkan data setempat awal, kes-kes XBB tidak didapati lebih serius berbanding subvarian Omicron lain.



Buat masa ini, MOH berkata pemantauannya ke atas varian Covid-19 yang sedang menular dalam masyarakat setempat mendapati kes jangkitan terdiri daripada 21 peratus BA.5, 24 peratus BA.2.75 dan 55 peratus BA.2.10.



"BA.2.10, khususnya, semakin bertambah, naik daripada 22 peratus pada minggu sebelumnya," kata MOH.



Semalam, Encik Ong berkata subvarian itu sedang meningkat dengan pantas di Singapura.



"Dalam masa tiga minggu, daripada tiada, ia kini melebihi separuh daripada semua kes harian. Jadi jelas mengatasi BA.2.75 dan juga BA.5.



"Tetapi sejauh ini, apa yang baik ialah tiada bukti bahawa ia membawa kepada hasil yang lebih teruk. Jadi kami memerhatikannya dengan teliti dan kami akan memaklumkan orang ramai apabila kami mempunyai lebih banyak berita," kata Encik Ong.



Beliau juga berkata, walaupun kes Covid-19 di Singapura sedang meningkat, ia bukan faktor utama dalam keputusan mempercepatkan pentadbiran vaksin bivalen Moderna/Spikevax.



"Jika kita bersedia secara operasi dan kita boleh melakukannya lebih awal, mengapa tidak?" katanya.



MOH telah mengumumkan minggu lalu bahawa vaksin bivalen akan menggantikan vaksin mRNA yang digunakan kini.



Ini menyusuli saranan Jawatankuasa Pakar Mengenai Vaksinasi Covid-19 (EC19V).



Vaksin bivalen yang dikemas kini itu akan memberi perlindungan lebih baik terhadap varian Covid-19 baru, kata MOH.



Buat masa ini, hanya vaksin Moderna/Spikevax ditawarkan dalam versi vaksin bivalen. Vaksin bivalen Pfizer/Comirnaty sedang menjalani penilaian dan dijangka ditawarkan menjelang hujung tahun ini.



Vaksin bivalen Moderna/Spikevax itu hanya ditawarkan kepada orang dewasa berumur 18 tahun dan ke atas.



"Vaksin bivalen Moderna/Spikevax tidak tersedia untuk individu bawah 18 tahun kerana ia belum diuji dalam kumpulan umur ini. Mereka yang berumur bawah 18 tahun harus meneruskan siri vaksinasi utama mereka dan/atau vaksin penggalak dengan vaksin Covid-19 asal yang tersedia ada sebaik sahaja ia ditawarkan, kerana perlindungan vaksinasi yang tepat pada masanya dengan vaksin asal ini masih lebih baik daripada tiada perlindungan," kata EC19V dalam kenyataannya minggu lalu.



Jawatankuasa itu menambah ia akan terus menilai kesesuaian vaksin bivalen atau vaksin yang diselaraskan kepada varian untuk orang yang berumur bawah 18 tahun, dan apabila perlu, membuat saranan yang sesuai tentang penggunaannya.



Mulai lusa, mereka yang belum menerima perlindungan minimum terdiri daripada dua suntikan vaksin mRNA dan satu suntikan penggalak, atau mereka yang berumur 50 tahun dan ke atas yang menerima suntikan vaksin terakhir mereka lebih lima bulan lalu, boleh menerima vaksin bivalen Moderna/Spikevax.



Vaksin bivalen itu boleh didapatkan di JTVC Ang Mo Kio, Bukit Merah, Commonwealth, Jurong East, Kaki Bukit, Pasir Ris, Sengkang, Woodlands dan Yishun.




STRATEGI VAKSINASI COVID-19 BARU SINGAPURA



Berapa dos vaksin Covid-19 perlu saya ambil?



Singapura kini menghendaki orang ramai mendapatkan dua suntikan vaksin mRNA, dengan satu suntikan penggalak diberikan sekurang-kurangnya lima bulan selepas menyelesaikan siri asas.

Mereka yang berusia 50 tahun dan ke atas, termasuk mereka yang telah mendapatkan suntikan penggalak kedua, harus menerima satu suntikan penggalak antara lima bulan dengan satu tahun selepas suntikan terakhir mereka.

Orang ramai dikira telah mendapat vaksinasi Covid-19 terkini jika mereka mempunyai sekurang-kurangnya perlindungan minimum dan dos vaksin terakhir mereka adalah dalam tempoh satu tahun lalu.



Apakah vaksin bivalen dan siapa harus mengambilnya?



- Vaksin bivalen Moderna diluluskan oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA) bulan lalu dan menyasarkan jenis Sars-CoV-2 asal virus itu serta varian Omicron BA.1.

Pada masa sama, data awal HSA menyarankan bahawa vaksin bivalen Moderna berkesan terhadap varian Omicron BA.4 dan BA.5, dan lain-lain seperti varian Delta dan Gamma.

Jawatankuasa Pakar Mengenai Vaksinasi Covid-19 telah menyarankan penggunaan vaksin bivalen untuk menggantikan formulasi sedia ada.

Ini bermakna vaksin Moderna Spikevax asal akan digantikan dengan versi bivalen mulai Isnin depan, dan ditawarkan kepada mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Mereka yang berumur 50 tahun dan ke atas, serta mereka yang belum mendapatkan perlindungan asas terhadap Covid-19, perlu mendapatkan vaksin bivalen itu.

Vaksin bivalen Pfizer masih di bawah pernilaian, tetapi dijangka ditawarkan di Singapura menjelang hujung tahun ini.



Saya telah mendapatkan siri asas terdiri daripada dua suntikan mrna dan satu suntikan penggalak. perlukah saya mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 tambahan?



Kajian mendapati keberkesanan dos penggalak mRNA turun dengan ketara selepas empat bulan dan menyarankan perlunya suntikan tambahan.

Kementerian Kesihatan (MOH) buat masa ini menyarankan agar mereka yang berusia 50 tahun dan ke atas mendapatkan suntikan penggalak antara lima bulan dengan satu tahun selepas suntikan terakhir. Tetapi MOH berkata ia akan mempertimbangkan melanjutkan saranan itu kepada kumpulan usia lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >