Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Virus Wuhan: Pasukan bertindak pelbagai kementerian dibentuk

Jan 23, 2020 | 05:30 AM



SATU pasukan bertindak berbilang kementerian telah ditubuhkan untuk menangani virus misteri Wuhan, sekiranya ia melanda Singapura, umum Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong, semalam.



Pasukan itu akan dipengerusikan oleh Encik Gan manakala Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong, selaku pengerusi bersama.



Kementerian Kesihatan (MOH) juga menasihati warga agar mengelak lawatan ke Wuhan jika tidak perlu, sedang keadaan itu semakin buruk di China.



Nasihat perjalanan itu dikeluarkan menjelang perayaan Tahun Baru Cina hujung minggu ini, dengan jumlah pengunjung yang dijangka pergi dan pulang dari China amat tinggi, sekali gus meningkatkan kemungkinan penularan jangkitan tersebut.



Selain itu, tiga kes baru yang disyaki dikesan di Singapura masih dalam siasatan.



Ia melibatkan dua kanak-kanak warga Cina berusia tiga dan empat tahun; dan seorang wanita warga Singapura berusia 78 tahun.



Mereka telah diasingkan sebagai langkah pencegahan tetapi berada dalam keadaan stabil, kata MOH dalam satu kenyataan.



Tujuh kes lain didapati tidak dijangkiti virus itu.



Di China, sembilan orang telah meninggal dunia ekoran virus tersebut dengan bilangan kes melonjak kepada 450 semalam.



Menjelaskan lebih lanjut tentang pasukan bertindak itu, Encik Gan berkata penubuhan pasukan bertindak itu dibuat menyusuli rundingan dengan Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, kerana ia merupakan satu langkah penting sekira berlakunya kes tersebut di Singapura.



Encik Gan turut menambah memandangkan situasi berkenaan virus itu semakin berkembang dan jumlah trafik melepasi negara ini serta yang keluar masuk Singapura adalah tinggi, tidak mustahil satu kes import boleh berlaku di sini.



"Adalah tidak mustahil satu kes import boleh berlaku tidak lama lagi dan kerana itulah kita perlu mempersiapkan diri dan bersiap sedia selain melaksanakan respons berkesan apabila ia berlaku," tekannya.



Kementerian yang relevan akan terlibat dalam pasukan bertindak itu antaranya Kementerian Pengangkutan memandangkan isu sempadan dan imigrasi menjadi keprihatinan.



Ditanya sama ada virus itu begitu serius seperti wabak Sindrom Sesak Nafas Mendadak (Sars) sehingga perlunya pasukan bertindak, Encik Gan berkata:



"Ciri virus ini masih belum diketahui, jadi baik untuk kita mengambil langkah pencegahan, melindungi rakyat seberapa ramai yang kita mampu, dan mengambil langkah bersesuaian dengan situasi."



Sementara itu, selain menggesa rakyat Singapura agar mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi, Encik Wong berkata pertahanan terbaik sekiranya berlaku sebarang kes ialah pertahanan psikologi.



"Meskipun segala usaha kita dilaksanakan di sempadan, kita juga perlu bersedia, sekiranya kemungkinan berlakunya kes import. Kita perlu lakukan yang terbaik, melindungi dan mengawalnya agar ia tidak merebak dalam masyarakat," katanya.



Menurut MOH, sekiranya kes virus itu disahkan, usaha mengesan mereka yang telah berhubungan dengan individu dijangkiti itu akan dilaksanakan.



"Kami akan melaksanakan pengasingan ketat, kuarantin dan pengawalan jangkitan serta langkah pencegahan untuk mengelakkan daripada ia terus merebak," kata MOH.



Lebih banyak kes virus Wuhan disahkan di luar China



Adakah dunia bersedia tangani wabak ini?




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >