Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Vivian tidak ke Bintan, selepas terima Amaran Risiko Kesihatan

Jan 26, 2022 | 5:30 AM
UJIAN SWAB: Encik Teo menjalankan ujian swab Covid-19 sejurus tiba di Bintan untuk menghadiri Rahat Pemimpin Singapura-Indonesia semalam. - Foto ZAOBAO
UJIAN SWAB: Encik Teo menjalankan ujian swab Covid-19 sejurus tiba di Bintan untuk menghadiri Rahat Pemimpin Singapura-Indonesia semalam. - Foto ZAOBAO -

MENTERI Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, tidak pergi ke Bintan, Indonesia, untuk menghadiri Rahat Pemimpin Singapura-Indonesia semalam selepas mendapat Amaran Risiko Kesihatan (HRW) bahawa kontak rapatnya telah dijangkiti Covid-19.

Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pembangunan Negara), Cik Sim Ann, akan menggantikan beliau, kata Dr Balakrishnan menerusi laman Facebook beliau semalam.

Dr Balakrishnan, yang diuji negatif, telah memuat naik gambar hasil ujian rapid antigen (ART).

Menurutnya, beliau akan mematuhi tempoh pemantauan tujuh hari dan tidak akan hadir bagi rahat pemimpin tersebut.

Beliau turut mengucapkan selamat kepada Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dan rakan kerjanya termasuk Cik Sim.

"Sementara itu, saya akan mengikut Protokol 3 dan kerap menjalankan ART selama tujuh hari akan datang.

"Saya sudah pun kerap menjalankan ART sebelum menghadiri mesyuarat dan acara... jadi ujian kerap telah menjadi sebahagian daripada rutin saya," ujarnya.

Protokol 3 dikenakan bagi kontak rapat seseorang yang positif dijangkiti Covid-19.

Mereka dikenal pasti berdasarkan rekod SafeEntry TraceTogether atau mereka tinggal serumah dengan seseorang yang dijangkiti Covid-19.

Di rahat semalam, Encik Lee dan Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, telah mengadakan pertemuan empat mata sebelum mengadakan mesyuarat bersama anggota delegasi yang menyertai rahat tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg