Subuh
5:37
Syuruk
6:54
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:01
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Wadah galak warga Singapura kongsi pandangan tentang kahwin dan mulakan keluarga

Apr 20, 2019 | 06:14 PM

WARGA Singapura berpeluang berkongsi pendapat berkaitan perkahwinan dan memulakan keluarga dalam tempoh beberapa bulan akan datang melalui beberapa wadah, dalam talian dan juga secara fizikal, sebagai sebahagian daripada usaha pemerintah menggalak lebih ramai orang memulakan keluarga. 

Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo berkata Divisyen Penduduk dan Bakat Nasional (NPTD) telah mewujudkan bahagian di laman Heybaby.sg supaya orang ramai dapat menghantar saranan mereka tentang cara untuk mengukuhkan sokongan bagi keluarga muda. 

Laman tersebut juga bakal mengadakan siri tinjauan bulanan mulai hari ini berkaitan topik perkahwinan dan ibu bapa. Tinjauan tersebut akan berlangsung sehingga Ogos. 

Semasa berucap di acara Persatuan Rakyat (PA) untuk ibu bapa di Bishan hari ini, Cik Teo berkata pemerintah telah memberi sokongan kepada keluarga melalui perumahan, pra-sekolah dan sokongan di tempat kerja dan masyarakat. 

“Apa yang kita perlu lakukan sekarang adalah untuk memperluas jangkauan,” katanya, melalui penggunaan media sosial untuk mendapatkan maklum balas dari masyarakat awam. 

“Bukan hanya dasar-dasar (yang dikuatkuasakan) yang dapat menjadikan Singapura tempat yang baik untuk keluarga. Keluarga juga ingin berasa disokong, sama ada di tempat kerja atau aktiviti sukan rekreasi.” 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3