Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wakaf Masyarakat bolehkan pelbagai aset berkembang, perluas manfaat

Feb 05, 2023 | 05:30 AM



LANGKAH Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) mengumumkan pembentukan wakaf pelbagai aset yang dikenali sebagai Wakaf Masyarakat Singapura (WMS) adalah bertujuan untuk membolehkan aset milik masyarakat Islam di sini berkembang dan manfaatnya diperluaskan.



Ini termasuk menyokong keperluan masa depan seperti pembinaan Kolej Islam Singapura yang baru, menokok pajakan tanah masjid yang luput, dan memperkasa masyarakat Muslim di sini, khususnya golongan kurang upaya dan memerlukan, semasa berlaku krisis yang tidak dijangka.



Menerangkan hal ini semasa berucap di seminar 'Rancangkan Akhirat, Manfaatkan Masyarakat' yang diadakan di Insitut Pembelajaran Sepanjang Hayat di Paya Lebar semalam, Pengarah Dasar Aset & Endowmen Muis, Cik Dewi Hartaty Suratty, berkata keadaan pasaran tidak menentu, peningkatan kos dan turun naik eknonomi sejak beberapa tahun lalu telah menjejas masyarakat, malah pandemik telah banyak mengganggu usaha mengumpul dana bagi masjid dan madrasah, hingga menjejas operasi mereka.



"Kejadian ini, serta ramalan ke atas keperluan masa depan bagi masyarakat dan institusi kita, telah mendesak kita untuk mula merancang awal. Ini supaya dapat memastikan institusi dan masyarakat keagamaan kita boleh terus wujud bergenerasi akan datang," ujarnya.



WMS akan dilancarkan tidak lama lagi.



Semalam, hampir 200 orang menghadiri seminar dua setengah jam anjuran WMS itu yang membincangkan mengenai kekayaan dan kejayaan dalam Islam serta usaha melestari legasi hidup.



Program itu disokong M Kuasa Tiga (M3), Berita Harian dan Muslim.sg.



Tiga penceramah undangan - penceramah bebas juga pengasas Ilm Hub, Ustazah Shameem Sultanah; Pengarah di Financial Alliance, Encik Sani Hamid, dan peguam daripada Rangkaian Peguam M3 dan Pengarah Urusan Deansgate Barakah Law Corporation, Encik Ezra Bunyamin - menekankan pentingnya bagi masyarakat Islam merancang legasi mereka - harta atau wang peninggalan - agar dapat memberi manfaat kepada keluarga serta orang tersayang



Masyarakat Islam juga digalak mengetepikan sebahagian harta untuk wakaf agar ia dapat dimanfaatkan masyarakat.



Sewaktu perbincangan panel dan sesi soal jawab di seminar itu, masyarakat bertanyakan pelbagai soalan berkenaan wakaf, wasiat, faraid dan perancangan kewangan.



Malah keprihatinan mengenai perancangan legasi seperti mengetepikan sebahagian harta sebagai wakaf, cara pembahagian harta tanpa mengikut hukum faraid, dan pengurusan wasiat, antara perkara ditimbulkan.



Di samping itu, ada juga menanyakan tentang isu hak pemilikan rumah, unsur riba dan pembelian insurans.



Antara peserta yang hadir semalam ialah suri rumah, Cik Sulima Mohamed Noor, 73 tahun.



Ibu lima anak itu berkata: "Selama ini saya masih belum faham tentang faraid, wakaf ataupun wasiat. Dengan ada penjelasan daripada ketiga-tiga penceramah ini, saya dapat lebih memahaminya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >