Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Walimah bawah blok disambung semula

Nov 23, 2020 | 05:30 AM



CIK Nadhirah Mohd Fadil, 25 tahun, dan Encik Muhd Faruq Firdaus, 27 tahun, sebelum ini tidak merancang mengadakan majlis perkahwinan mereka di bawah blok.



Sebaliknya, mereka ingin menjemput ramai orang ke majlis mereka di sebuah hotel.



Namun, majlis dibatalkan gara-gara pelbagai perubahan yang perlu dilakukan sepanjang tahun ini disebabkan sekatan Covid-19.



Semalam, pasangan ini meneruskan perkahwinan mereka di kolong blok di Tampines dengan seramai 100 hadirin termasuk mempelai itu.



Menurut Encik Faruq, yang merupakan konsultan teknologi maklumat (IT), sekiranya majlis tidak dapat dilakukan di bawah blok, mereka perlu melakukannya di rumah dan ini bermakna jumlah tetamu lebih terhad.



Cik Nadhirah yang bekerja di sektor perbankan, berkata:



"Kami rasa sangat gembira dapat bersanding di kolong blok dan masih dapat merasakan semangat bergotong-royong."



Pasangan itu merupakan antara mempelai yang mengadakan persandingan mereka di kolong blok pada hujung minggu pertama sejak sekatan Covid-19 bagi majlis perkahwinan dilonggarkan.



Menurut Naib Presiden 1 Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Cik Fadilah Majid, majlis perkahwinan di kolong blok telah mula dua hari lalu.



Permohonan pula telah mula sejak 9 November.



Ketika Berita Harian (BH) mengunjungi majlis tersebut, kelihatan langkah jarak selamat ditetapkan seperti membahagikan tetamu kepada dua slot masa, dengan penyahjangkitan dilakukan di antara slot itu.



Dalam pada itu, langkah berjaga-jaga lain ditetapkan seperti pengambilan suhu badan dan pendaftaran masuk menggunakan SafeEntry.



Sepupu Encik Faruq, Cik Nurhidayah Abdul Aziz, 37 tahun, meluahkan kesyukuran bahawa majlis persandingan dapat diadakan di kolong blok.



Beliau yang membantu menguruskan majlis perkahwinan itu berkata:



"Kami berbesar hati kerana mereka yang datang mengikuti langkah pengurusan selamat dengan rela hati. Kami semua sedang bekerjasama untuk mengikuti peraturan, dan apa yang penting adalah kami tidak mahu pengantin rasa risau. Kami ingin majlis ini menjadi sesuatu yang seronok dan detik penting buat mereka," kata guru sekolah rendah itu.



Menurut Cik Fadilah, sebanyak 76 permohonan bagi majlis di bawah blok telah diterima.



DPPMS telah bekerjasama dengan rapat bersama perniagaan dalam memastikan permohonan dilakukan dengan betul dan Dewan telah memproseskan permohonan tepat pada waktunya. Mereka akan terus memastikan perniagaan dan pasangan tahu tentang langkah pengurusan selamat serta proses permohonan yang diperlukan, katanya.



"Kami percaya sekiranya semua pihak berkepentingan bekerjasama dalam mengendalikan acara dengan selamat, ini akan membawa kepada pembukaan semula berterusan industri ini," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >