Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita hilang $72,500 dalam kes tipu 15 minit

Oct 10, 2023 | 07:12 PM



Seorang wanita berusia 68 tahun kehilangan lebih $72,500 daripada akaun bank POSB miliknya dalam masa hanya 15 minit, selepas memuat turun satu aplikasi untuk jual perkakas dapur terpakai.

Aplikasi pihak ketiga yang dimuat turun itu adalah perisian hasad, yang membolehkan penipu mengawal telefon bimbit Androidnya dan mengeluarkan wang daripada akaun simpanannya.

Mangsa, seorang pegawai khidmat pelanggan, yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Abdul, telah melihat satu iklan Facebook pada 23 September lalu daripada pihak yang mendakwa sebagai syarikat kitar semula E-Recycle yang berminat membeli perabot dan barangan elektronik terpakai.

Wanita itu tertarik dengan iklan itu yang menawarkan harga antara $30 dengan $100 untuk setiap barangan terpakai yang dibeli, dan turut menyediakan khidmat pengambilan percuma.

Wanita itu yang ingin menjual perkakas dapur terpakai, termasuk set stimbot dan gril, kemudian menghubungi ‘pembeli’ itu di Facebook Messenger.

Beliau yang tidak terbiasa dengan wadah e-dagang Carousell, berasa pengiklan di Facebook itu menawarkan khidmat yang menyenangkan.

Pembeli tersebut kemudian menghantar mesej kepadanya.

Pada esoknya, lelaki itu berkata di telefon bahawa dia telah memindahkan $50 kepadanya melalui PayNow, dan akan membayar bakinya selepas mengambil barangannya dan memberi penilaian harga.

Dia meminta wanita itu membuka aplikasi POSB digibank untuk mengesahkan sama ada beliau menerima bayaran itu.

Wanita itu menuruti permintaan itu tetapi tidak melihat wang itu.

Lelaki itu kemudiannya mengarahnya untuk memuat turun satu aplikasi pihak ketiga yang digelar I-Recovery untuk menyenaraikan barangan yang ingin dijual, untuk diambil oleh kakitangannya.

Ketika di telefon, wanita itu menerima satu lagi panggilan dan mahu memutuskan perbualan dengan lelaki itu.

Namun, skrin telefon bimbitnya mula berkelip. Beliau cuba menolak panggilan itu, namun semua butang pada skrin seperti tidak berfungsi. Beliau cuba menghentikan aplikasi itu tetapi tidak berjaya.

Menyedari ada yang tidak kena, wanita itu memberitahu rakannya tentang kejadian itu. Rakannya menasihatinya agar segera mematikan telefon dan hubungi POSB.

Pegawai bank memaklumkan Cik Abdul bahawa penipu itu telah menaikkan had transaksinya. Dia telah mengeluarkan sekitar $68,500 daripada akaun simpanannya dan $4,000 lagi tidak lama kemudian.

Cik Abdul berkata: “Saya kini belajar untuk lebih berhati-hati dalam urusan secara dalam talian.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >