Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:13
Isyak
8:21

Wanita lagak lelaki dijel 10 tahun kerana seks dengan budak perempuan bawah umur

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Wanita lagak lelaki dijel 10 tahun kerana seks dengan budak perempuan bawah umur

Oct 10, 2016 | 02:47 PM

SEORANG wanita lagak lelaki dipenjara 10 tahun pada Isnin (10 Okt) kerana penembusan seks ke atas seseorang budak perempuan, selepas pada mulanya dia dibebaskan mahkamah lebih rendah yang memutuskan wanita tidak boleh disabitkan dengan jenayah itu.

Hukuman tersebut menyusuli keputusan Mahkamah Rayuan pada 28 September bahawa wanita boleh didapati bersalah sebagaimana lelaki bagi jenayah penembusan seks ke atas seseorang budak.

Mahkamah tiga hakim itu mendapati hakim sebelumnya, yang membebaskan Zunika Ahmad, 40 tahun, daripada enam tuduhan penembusan seks ke atas seseorang kanak-kanak, tersilap dalam tafsiran undang-undang.

Hakim itu memutuskan disebabkan cara undang-undang berkenaan dilakar, Zunika tidak boleh disabitkan dengan jenayah itu apabila dia menggunakan alat bantuan seks terhadap budak berusia 13 tahun itu, walaupun dia mengaku bersalah.

Zunika bercakap, berpakaian dan berkelakuan seperti lelaki. Dia begitu meyakinkan hingga dua isterinya tidak tahu "suami" mereka sebenarnya seorang wanita hingga kes penderaan seks dia terhadap budak itu terdedah.

Budak tersebut dan adik-beradiknya, yang ditinggalkan ibu mereka, mula pergi ke flat Zunika pada 2011 untuk bermain dengan "anak perempuan"nya.

Pada Januari 2012, Zunika mencium mangsa di pipi. Antara Mac 2012 dan Disember 2013, dia selalu mengadakan hubungan seks secara rela dengan budak itu menggunakan bantuan seks.

Zunika menghentikan perbuatan itu pada Disember 2013. Tiga bulan kemudian, selepas bertengkar dengan Zunika, budak itu memberitahu keluarganya tentang perbuatan mereka. Laporan polis kemudian dibuat.

Dalam perbicaraan awal, Hakim Kanan Kan Ting Chiu menolak pengakuan bersalah Zunika bagi enam tuduhan penembusan seks dan membebaskannya pada April lalu. Beliau menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan bagi satu lagi tuduhan eksploitasi seks.

Encik Kan memutuskan Bahagian 376A(1)(b) Kanun Kesiksaan dilakar dalam cara hanya seseorang yang mempunyai zakar boleh disabitkan dengan kesalahan itu, dan berkata lebih baik Parlimen meminda undang-undang berkenaan untuk menjelaskan wanita juga boleh disabitkan dengan kesalahan tersebut.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan bersetuju dengan pihak pendakwaan, yang merayu, bahawa adalah jelas daripada pengertian harfiah undang-indang itu bahawa ia berkecuali dari segi jantina, terutamanya apabila diguna pakai dalam konteks peruntukan undang-undang lain berkaitan kesalahan tersebut.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3