Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita mengaku dera anak empat tahun hingga meninggal

Mar 28, 2016 | 02:24 PM



SEJAK berusia dua tahun, seorang budak lelaki didera berulang kali oleh ibunya yang berasa kecewa kerana keupayaan pembelajarannya tidak memenuhi jangkaannya.



Pada Ogos 2014, ia menjadi penganiayaan maut apabila Mohammad Airyl Amirul Haziq Mohamed Ariff, empat tahun, meninggal dunia akibat kecederaan kepala selepas dipukul kerana tidak dapat membaca nombor 11 hingga 18 dalam bahasa Melayu.



Pada Isnin (28 Mac), Noraidah Mohd Yussof, 34 tahun, mengaku bersalah terhadap dua tuduhan menyebabkan kecederaan parah dan mendera kanak-kanak. Dua pertuduhan penganiayaan lain akan diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.



Janda berkaca mata itu mengaku bersalah bagi enam kes penderaan fizikal - satu pada 2012 dan lima antara Jun dan Ogos 2014 - di flatnya di Eunos.



Pembicaraan selanjutnya akan diadakan sebelum dia dihukum, untuk menyelesaikan perbezaan pendapat antara pakar psikiatri pihak pendakwaan dan pembelaan.



Pakar psikiatri pembelaan membuat kesimpulan Noraidah mempunyai sindrom Asperger, berdasarkan temu bual dengan ahli keluarganya.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) April Phang memberitahu mahkamah keterangan keluarganya kepada pakar psikiatri pembelaan berbeza daripada yang mereka beri kepada seorang pakar psikiatri pemerintah.



Mahkamah diberitahu bahawa pada Mac 2012, apabila kanak-kanak itu berusia dua tahun, Noraidah menjadi jengkel apabila dia tidak dapat mengikuti arahan apabila dia cuba mengajarnya abjad. Dia menolak anaknya dan memijak rusuk budak itu selepas dia jatuh ke lantai.



Noraidah membawa anaknya ke hospital tetapi berbohong bahawa kanak-kanak itu terjatuh. Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga memutuskan meletak kanak-kanak itu dalam jagaan abang dan iparnya.



Pada Ogos 2014, selepas mengambil anaknya dari sekolah, Noraidah menyuruh budak itu membaca nombor 11 hingga 18 dalam dahasa Inggeris dan kemudian Melayu. Kanak-kanak itu tidak dapat berbuat demikian dalam bahasa Melayu dan ibunya memekik padanya kerana kecewa.



Selepas kanak-kanak itu terjaga daripada tidur, Noraidah menyuruhnya lagi tetapi dia masih tidak dapat melakukannya. Noraidah kemudian menolak anaknya hingga jatuh terlentang dan kepalanya terpukul lantai.



Apabila budak itu terus salah membaca angka dalam bahasa Melayu, ibunya terus mengasarinya.



Noraidah mencekak anaknya ke tembok hingga terangkat dari lantai dan budak itu mula tercungap-cungap dan kemudian berhenti bergerak.



Apabila kakak iparnya datang selepas dia meminta tolong, Noraidah berbohong bahawa kepala anaknya terpukul selepas terjatuh di dalam tandas. Mereka membawa anak itu ke sebuah klinik berhampiran dan doktor menghubungi ambulans.



Kanak-kanak itu menjalani pembedahan kecemasan tetapi terus berada dalam keadaan kritikal dan meninggal dunia empat hari kemudian.



Noraidah pada asalnya didakwa menyebabkan kecederaan parah. Apabila anaknya meninggal dunia, tuduhan itu dipertingkat kepada pembunuhan, tetapi telah dikembalikan kepada pertuduhan asal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >