Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wanita yang enggan pakai pelitup dibebas dengan ikat jamin

Jun 9, 2021 | 5:30 AM
HADAPI BEBERAPA TUDUHAN: Phoon Chiu Yoke menghadapi tujuh tuduhan atas pelbagai kesalahan, termasuk gagal memakai pelitup di MBS, pusat penjaja Newton, Clarke Quay Central, Kompleks Bras Basah, dan di luar bangunan Mahkamah Negara. - Foto ZAOBAO
HADAPI BEBERAPA TUDUHAN: Phoon Chiu Yoke menghadapi tujuh tuduhan atas pelbagai kesalahan, termasuk gagal memakai pelitup di MBS, pusat penjaja Newton, Clarke Quay Central, Kompleks Bras Basah, dan di luar bangunan Mahkamah Negara. - Foto ZAOBAO -

SEORANG wanita yang didakwa enggan memakai pelitup di resort bersepadu Marina Bay Sands (MBS) telah dibebaskan dengan ikat jamin, setelah dia direman di Institut Kesihatan Mental (IMH) selama dua minggu.

Phoon Chiu Yoke, 53, telah dibebaskan dengan ikat jamin $8,000.

Dia menghadapi tujuh tuduhan atas pelbagai kesalahan, termasuk gagal memakai pelitup di MBS, pusat penjaja Newton, Clarke Quay Central, Kompleks Bras Basah, dan di luar bangunan Mahkamah Negara.

Semalam, Phoon berkata di mahkamah sebanyak empat kali bahawa dia merupakan seorang pegawai angkatan laut dengan "kedudukan profesional yang kuat", dan meminta agar tuduhan terhadapnya dijatuhkan, lapor The Straits Times.

Dia juga berkata terdapat "kesalahan prosedur" dari pihak penyiasat, dan mendakwa telah ditangkap tanpa waran.

Phoon juga meminta agar dia ditawar ikat jamin $3,000 tanpa penjamin, kerana dia mendakwa "merupakan komandan wanita pertama angkatan laut" dan telah memberikan sumbangan kepada Singapura "sebagai pelopor".

Pihak pendakwa meminta ikat jamin ditetapkan pada $10,000, dengan syarat bahawa wanita itu mematuhi peraturan Covid-19 semasa dan tidak kembali membuat kesalahan ketika diikat jamin.

Mahkamah diberitahu bahawa Phoon mungkin menghadapi tuduhan lebih lanjut.

Phoon memberitahu mahkamah bahawa ahli keluarganya di Singapura sakit atau tua, dan kebanyakan rakannya berada di luar negara.

Dia juga meminta penjelasan mengenai peraturan Covid-19.

Mahkamah Daerah Janet Wang berkata ia merupakan peraturan yang dipatuhi orang lain, termasuk pemakaian pelitup di ruang awam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg