Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita yang ludah petugas KFC dihadapkan ke mahkamah

Jun 10, 2020 | 02:15 PM



SEORANG wanita telah dihadapkan ke mahkamah hari ini kerana meludah seorang pekerja restoran makanan segera KFC di cawangan gedung beli-belah Nex.



Lin Si Ting, 42 tahun, didakwa melakukan gangguan yang disengaja, melakukan kekasaran jenayah, dan melanggar langkah-langkah jarak selamat, kata polis dalam satu kenyataan semalam.



Dokumen mahkamah menyatakan, pada 22 April lalu, Lin telah melontarkan kata-kata yang menganiaya pekerja KFC itu dengan menjerit: "Tunggu kamu mati, tunggu seluruh keluarga kamu mati."



Polis sebelum ini menyatakan, wanita itu tidak senang setelah diberitahu oleh pekerja KFC untuk menunggu pesanannya. Polis telah menahan Lin pada 24 April setelah menjalankan siasatan.



Lin seterusnya hadir sekali lagi di mahkamah untuk persidangan pra-perbicaraan pada 1 Julai ini.



Kejadian itu mula-mula menjadi berita utama ketika video muncul yang menunjukkan seorang wanita berpakaian kemeja kuning menurunkan pelitupnya dan meludah ke arah pekerja berpelitup di seberang kaunter.



Jurucakap KFC memberitahu The Straits Times pada April lalu bahawa cawangan itu telah dibersihkan setelah kejadian tersebut.



Kesalahan menyebabkan gangguan yang disengajakan boleh dikenakan denda sehingga $5,000, hukuman penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya.



Lin juga boleh dipenjara maksimum tiga bulan, atau didenda hingga $1,500, atau kedua-duanya, kerana menggunakan kekerasan terhadap seseorang.



Kerana melanggar perintah kawalan pada jarak yang selamat, dia boleh didenda sehingga $10,000, dipenjara hingga enam bulan, atau kedua-duanya. 



Untuk kesalahan berikutnya, dia akan dikenakan denda hingga $20,000, penjara hingga 12 bulan, atau kedua-duanya.



Polis mengatakan mereka memandang serius tingkah laku kasar dan tidak bertanggungjawab itu, terutama di tengah pandemik Covid-19.



"Setiap orang perlu memainkan peranan mereka dengan bertanggungjawab, memerhatikan kebersihan diri yang baik, dan bersikap prihatin terhadap orang lain, terutama kepada kakitangan yang terus berkhidmat kepada orang ramai dengan sebaik mungkin sepanjang masa yang sukar ini," kata polis. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >