Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga belajar ruang realiti maya, lindung diri dalam talian

May 29, 2022 | 05:30 AM



BELAJAR lindungi diri sendiri dan gunakan peranti IM-OK supaya warga emas yang berisiko dapat hidup berdikari.



Peranti yang boleh disesuaikan dengan panggilan video dan fungsi peringatan ubat, serta butang "IM-OK" yang warga emas perlu tekan tiga kali sehari untuk menunjukkan mereka sihat dibangunkan oleh Lions Befrienders.



Antara warga emas yang meraih manfaat daripada peranti itu ialah Cik Khatijah Abdul Hamid, 81 tahun.



Beliau ditemui sewaktu menyertai Festival Digital for Life (DfL) anjuran Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) yang buat julung kalinya diadakan di Heartbeat@Bedok semalam.



Presiden Halimah Yacob turut melawat Festival DfL untuk menyaksikan usaha 3P (private, public, people) yang tampil menyokong DfL.



Ia khusus memperkasakan keluarga berpendapatan rendah dengan alatan digital, kemahiran dan ketersambungan agar mereka kekal aktif dari segi sosial dan ekonomi.



Festival DfL merupakan acara teknologi oleh masyarakat bagi masyarakat dan menawarkan pelbagai program dan kegiatan menarik bagi membolehkan warga Singapura daripada pelbagai latar belakang belajar, teroka dan diperkaya dengan manfaat teknologi digital.



Peranti IM-OK antara lain mempunyai aplikasi web berasaskan senario, yang dibuat di bawah projek, 'Katakan Tidak kepada Penipuan', yang mensimulasikan kemungkinan senario penipuan untuk warga emas belajar cara melindungi diri daripada menjadi mangsa penipuan.



Sekitar 1,000 warga emas seperti Cik Khatijah yang tinggal di flat sewa akan menerima peranti mereka menjelang Oktober 2023 dan 4,000 warga emas akan meraih manfaat daripada projek 'Katakan Tidak kepada Penipuan' menjelang September 2023.



Cik Josephine Teo, Menteri Perhubungan dan Penerangan merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Inisiatif Negara Bijak dan Keselamatan Siber berkata sambutan terhadap Festival DfL sangat menggalakkan.



Menurutnya, lebih 13,000 peserta telah menyertai pelbagai kegiatan yang berlangsung di lebih 50 lokasi di Singapura.



"Ia menunjukkan bahawa terdapat minat dalam kalangan rakyat Singapura tentang apa yang diperlukan untuk berjaya dalam domain digital dan di antara aktiviti yang menarik bilangan peserta yang sangat besar ialah kegiatan untuk warga emas dan kanak-kanak mempelajari kemahiran yang mereka mungkin tidak berpeluang untuk pelajari seperti pengekodan.



"Ramai warga emas juga berkesempatan mempelajari cara menjaga keselamatan diri apabila mereka dalam talian dan ini adalah sebahagian daripada rancangan keseluruhan kami untuk mempromosikan kemahiran digital secara inklusif," ujar beliau.



Bagi penduduk Bedok di bawah bantuan Pejabat Khidmat Sosial (SSO) Bedok, Muhammed Aqil Shadaniel, 12 tahun dan Nur Darliaarissa Muhammad Dave, 10 tahun, ini adalah kali pertama mereka menikmati peluang membina dunia maya impian mereka.



Dalam masa yang sama mereka turut mempelajari pengekodan asas untuk membuat objek dan watak bergerak dalam bengkel "Bina dan Kodkan Metaverse Impian Anda" yang mereka hadiri semalam.



Metaverse ialah ruang realiti maya di mana pengguna boleh berinteraksi dengan persekitaran yang dijana komputer dan pengguna lain.



"Bengkel ini sungguh menarik kerana kami boleh bersaing antara satu sama lain dan belajar bagaimana untuk membina alam maya impian saya," kata Muhammad Aqil.



Nur Darliaarissa pula menambah: "Ini kali pertama saya berpeluang belajar bagaimana menggunakan pengekodan untuk membuat objek dan watak dan saya berharap saya boleh menghadiri lebih banyak bengkel sedemikian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >