Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Warga lelaki muda baru juga khidmat dalam NS: Eng Hen

Kenyataan NCMP bahawa mereka yang jadi warga melalui pendaftaran tidak jalani NS tidak tepat, mengelirukan
NS
Aug 03, 2022 | 05:30 AM



SEMUA lelaki muda rakyat Singapura, termasuk warga baru, mesti menjalani Perkhidmatan Negara (NS), kata Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, dalam kenyataan menterinya di Parlimen semalam.



Beliau berkata dakwaan oleh anggota Parti Kemajuan Singapura (PSP), iaitu Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), Encik Leong Mun Wai, dalam sidang Parlimen pada 5 Julai bahawa "warga melalui pendaftaran (juga) tidak melakukan NS" adalah tidak tepat dan mengelirukan.



Komen Encik Leong itu dibuat dalam soalan susulannya selepas Dr Ng memberi jawapan tentang topik keistimewaan kesukanan bagi anggota NS.



Berkongsi perangkaan, Dr Ng berkata sejak tahun 2000, purata 3,400 warga baru yang didaftarkan setiap tahun telah berkhidmat atau akan menjalani tanggungjawab NS mereka, seperti semua rakyat lelaki Singapura.



"Tidak ada keraguan bahawa bagi setiap rakyat lelaki muda, sama ada berdasarkan kelahiran, pendaftaran atau keturunan, liabiliti NS adalah sama. Mereka akan didaftarkan bagi NS pada usia 18 tahun atau lebih untuk melaksanakan NS sepenuh masa dan selepas itu mesti memenuhi tanggungjawab Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara (ORNS) mereka. Itu adalah universal dan saksama.



"Tetapi jika seorang warga asing datang ke Singapura dan menjadi warga sebagai orang dewasa matang, biasanya dalam lingkungan usia 30-an atau 40-an tahun, kami mengecualikannya daripada NS kerana dia tidak menikmati sebarang manfaat sosio-ekonomi seperti anak muda Singapura dan juga kerana dia terlalu tua untuk mendaftar bagi NS sepenuh masa," kata Dr Ng di Parlimen semalam.



Beliau menambah bahawa Kementerian Pertahanan (Mindef) telah memberikan jawapan bertulis kepada Encik Leong bulan lalu sebagai respons kepada soalan Parlimennya mengenai peratusan lelaki yang telah menjadi warga Singapura, dan berapa ramai daripada mereka tidak perlu berkhidmat untuk NS.



Jawapan bertulis kementerian itu juga menyatakan lelaki asing yang menjadi warga negara ini sebagai orang dewasa matang, biasanya dalam usia 30-an dan 40-an tahun, tidak didaftarkan bagi NS kerana dia tidak sesuai bagi NS sepenuh masa pada usia itu dan dia tidak menikmati sebarang manfaat sosio-ekonomi sebelum mendapatkan kerakyatan.



Dr Ng berkata dasar itu bukan baru malah bermula pada awal 1980-an, dan menteri serta Anggota Parlimen (AP) lain telah bercakap mengenai perkara itu sebelum ini.



"Mudah untuk mendapatkan maklumat relevan di Internet. Taip "NS, warga baru, Singapura" dan ada banyak forum yang memberitahu bahawa warga lelaki muda baru mesti menjalani NS dan mereka yang menjadi warga sebagai orang dewasa matang dikecualikan," kata beliau.



Dr Ng berkata Encik Leong seharusnya menantikan jawapan Mindef atau mendapatkan fakta penuh bagi topik penting seperti NS, sambil menambah bahawa anggota PSP itu mengulangi kenyataan mengelirukan dalam catatan Facebook pada lewat Mei dan awal Julai.



Misalnya, dalam satu pos Facebook pada 1 Julai, Encik Leong berkata adalah adil bahawa semua Penduduk Tetap (PR) yang ingin menjadi warga mesti melakukan NS.



Beliau juga berhujah bahawa Singapura harus membenarkan penangguhan lebih mudah atau pengecualian daripada NS bagi individu berbakat.



"Adakah adil jika kita mengorbankan peluang bagi bakat tempatan kita mengembangkan bakat mereka sedangkan ramai warga lelaki baru tidak perlu melakukan NS?" tulis Encik Leong.



Dr Ng berkata selama bertahun-tahun, jumlah PR dan warga baru lelaki muda yang membentuk anggota NS semakin meningkat. Pada awal 2000-an, mereka membentuk sekitar 5 peratus daripada semua anggota NS Sepenuh Masa (NSF) yang didaftarkan setiap tahun.



Hari ini, mereka membentuk sekitar 20 peratus daripada semua NSF yang didaftarkan. Daripada perangkaan itu, lebih sedikit daripada separuh adalah warga melalui pendaftaran, dengan bakinya merupakan PR.



"Oleh itu, apa yang ditegaskan Encik Leong tidak benar. Ramai warga baru didaftarkan bagi NS setiap tahun. Warga baru dan PR menyumbang kepada pertahanan negara kita.



"Tanpa suntikan tambahan warga baru dan PR, kohort kelahiran kita yang lebih kecil akan memberi kesan lebih teruk kepada keperluan tenaga kerja Angkatan Bersenjata Singapura (SAF)," kata Dr Ng.



Dalam soalan susulannya, Encik Leong berkata Dr Ng belum menjawab soalannya mengenai jumlah warga baru yang tidak perlu menjalani NS.



"Apakah jumlah atau jumlah warga baru yang belum melakukan NS? Jumlah yang diberikan menteri hanya membentuk sebahagian daripada warga baru," katanya.



Memberi jawapan, Dr Ng mengulangi bahawa purata 3,400 warga baru berkhidmat atau akan menjalani NS setiap tahun dan berkata beliau telah menjawab soalan Encik Leong.



"Bukan demi kepentingan Dewan ini untuk membahaskan lebih lanjut berdasarkan kenyataan mengelirukan dan kenyataan tidak tepat," kata Dr Ng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >