Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga sependapat tentang tumpuan S’pura maju ke hadapan

Oct 07, 2023 | 06:24 PM



Warga Singapura daripada segenap lapisan usia rata-rata bersependapat tentang bidang tumpuan bagi negara maju ke hadapan.

Antara lain, mereka berpendapat bahawa usaha menegakkan visi bersama membentuk masyarakat yang adil, bukan masyarakat yang mengharapkan kebajikan; memastikan pemerintah yang bersih dan berkebolehan; memastikan Singapura mempunyai kelebihan yang luar biasa; dan mempertahan Singapura daripada ancaman merupakan bidang yang patut diberi keutamaan.

Demikian hasil dapatan tinjauan dalam talian yang dijalankan Forum Dasar Parti Tindakan Rakyat (PPF) yang melibatkan lebih 1,500 responden.

Tinjauan yang dijalankan antara 22 September dengan 2 Oktober 2023 itu mengetengahkan lapan topik pembangunan negara, dengan responden diminta mengenal pasti topik yang mereka rasa merupakan cabaran terbesar kepimpinan 4G.


Seramai 754 responden atau separuh daripada lebih 1,500 individu yang memberi respons menyatakan bahawa usaha mempertahan Singapura daripada ancaman merupakan cabaran terbesar bagi pucuk pimpinan 4G.

Ini diikuti dengan memastikan pemerintah bersih dan berkebolehan (49 peratus), membentuk masyarakat yang adil dan bukan masyarakat yang mengharapkan kebajikan (49 peratus), serta memastikan Singapura mempunyai kelebihan luar biasa (47 peratus).


Dapatan tinjauan tersebut dikongsi Menteri Perhubungan dan Penerangan merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo, semasa dialog PPF Insights ‘From Ideas to Action: Policies to Build a Nation’ yang diadakan di Pusat Konvensyen dan Ekspo Sands pada Sabtu.

Dialog yang dihadiri 335 aktivis, Anggota Parlimen yang sudah bersara dan orang awam yang diundang itu merupakan bahagian kedua daripada siri dialog tiga bahagian untuk meraikan 100 tahun kelahiran Perdana Menteri Pengasas Singapura, mendiang Encik Lee Kuan Yew (LKY100).


Cik Teo mengatakan bahawa meskipun secara keseluruhan warga Singapura bersependapat mengenai bidang tumpuan yang patut diberi perhatian, jika dilihat lebih mendalam, terdapat beberapa perbezaan menarik antara mereka yang berlainan usia.

Responden berusia 20 tahun ke bawah berpendapat bahawa cabaran terbesar pemerintah ialah “membentuk masyarakat yang adil dan bukan yang mengharapkan kebajikan” serta “mengurus media”, dan bukan “mempertahan Singapura daripada ancaman”.

Bagi responden berusia 51 tahun ke atas, usaha “mempertahan Singapura daripada ancaman” dan “memastikan pemerintah yang bersih dan berkebolehan” dianggap sebagai cabaran terbesar bagi pemerintah.

“Jika kita lihat merentas kumpulan usia, semakin berumur responden itu, semakin mereka melihat cabaran pada pertahanan dan pemerintahan, sementara itu, semakin muda responden, semakin mereka melihat pada cabaran pengurusan media.


“Perbezaan pandangan dalam kalangan pelbagai kumpulan umur mengenai cabaran Singapura yang lebih besar merupakan peringatan penting bahawa setiap generasi mempunyai pandangan yang berharga, berdasarkan keadaan dan pengalaman unik mereka. Tetapi terdapat juga persamaan di tengah-tengah perbezaan.

“Dalam masa di mana perbezaan generasi telah memecah-belah masyarakat, cukup menggalakkan bahawa warga Singapura sebahagian besarnya sejajar dengan visi menyeluruh bagi Singapura,” tambah beliau.

Turut hadir pada dialog itu ialah mantan Pengerusi PAP, Encik Khaw Boon Wan.

Encik Khaw yang juga Pengerusi SPH Media Trust, berkongsi lima pengajaran utama daripada pendekatan pemerintahan yang diambil mendiang Lee.

Pertama, jujur dan beritahu perkara sebenar. Kedua, sedari kenyataan. Ketiga, berkawan dan pastikan Singapura kekal relevan kepada dunia. Keempat, fikir di luar kebiasaan. Kelima, perhatikan perkara yang kecil dan pastikan apa yang dilakukan mendatangkan hasil.

Encik Khaw turut menyertai perbincangan panel tertutup yang juga disertai ahli panel Pengerusi Cawangan GRC Sengkang, Profesor Madya Elmie Nekmat; Penolong Profesor Pemasaran di Universiti Teknologi Nanyang, Dr Charlene Chen dan Ahli Majlis Forum Dasar PAP, Encik Marcus Loh.

Mereka antara lain berbincang tentang pandangan Encik Lee berhubung pemerintahan yang baik merentasi pelbagai aspek.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >