Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIRI MEMPERSIAP BAGI EKONOMI BARU

WhatsHalal ingin tebar sayap ke luar negara

Nov 03, 2019 | 05:30 AM



SELEPAS melancarkan produk pertama WhatsHalal pada 2017 dan yang kedua tahun ini, ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat teknologi itu, Encik Azman Ivan Tan, ingin mengembangkan syarikatnya ke luar negara pula.



Oleh itu, pengalaman syarikat itu menyertai program Tribe Accelerator baru-baru ini telah membuka pintu kepada pelbagai peluang bagi mereka.



Antara lain, program itu telah memberi syarikat itu peluang membentangkan produk mereka kepada pemimpin pemerintah dan korporat termasuk penyedia modal (VC) serta pelabur di empat negara - Singapura, China (Shanghai), Korea Selatan (Seoul) dan Amerika Syarikat (San Francisco) - dalam tempoh dua minggu Julai lalu.



Menerusi sesi ini, ketua pegawai komersial (CCO) WhatsHalal, Encik Hadi Rahmad, berkata mereka dapat bertemu dengan ramai pelabur yang berminat dengan produk mereka.



Syarikat teknologi itu merupakan antara 10 syarikat pertama yang dipilih menyertai program Tribe Mac lalu.



Program tersebut merupakan program accelerator blockchain yang bekerja rapat dengan pemerintah.



Tribe juga merupakan accelerator blockchain pertama yang disokong Enterprise Singapore (ESG).



Dengan bimbingan program Tribe dan ESG ini, Encik Azman berkata mereka mendapat kedua-dua perspektif korporat dan pemerintah.



Sementara Tribe melengkapkan mereka dengan kemahiran meyakinkan VC untuk melabur dengan mereka serta membantu membina rangkaian agar turut mendapat maklum balas yang boleh dimanfaatkan bagi meningkatkan diri, ESG pula menyokong syarikat itu apabila mereka ingin berkembang ke pasaran luar negara.



Menurut Encik Azman, mereka merancang berkembang ke Australia dan Malaysia tahun depan.



Namun, rancangan lima tahun mereka ialah untuk mengembangkan WhatsHalal ke 30 negara di serata dunia.



Bagi mencapai matlamat itu, sokongan ESG amat penting, kata Encik Azman.



Ini kerana pegawai ESG yang berpangkalan di luar negara boleh membantu syarikatnya dengan maklumat yang diperlukan.



"Kadangkala apabila sebuah syarikat itu ingin memasuki pasaran luar negara, mereka harus memahami suasana politik di negara tersebut dan faktor lain.



"ESG boleh menyokong dengan menerangkan apa yang kami boleh dan tidak boleh lakukan.



"Kami boleh mendapatkan maklumat ini dengan cepat dan mengelak daripada masalah tertentu dengan kepakaran mereka," ujar Encik Azman.



Tambahnya, ini juga bermakna mereka tidak perlu memikirkan tentang kos dan kakitangan tambahan untuk melakukan tugas itu.



Sokongan yang ditawarkan ESG itu bermakna mereka juga boleh berkembang dengan lebih cepat.



Dengan industri halal yang kian berkembang pesat seiring dengan peningkatan penduduk Islam serta permintaan bagi produk dan khidmat halal di serata dunia, maka adalah penting bagi WhatsHalal juga berkembang cepat.



Ini lebih-lebih lagi kerana Encik Azman telah menetapkan visi membangunkan sebuah prasarana data yang boleh dimanfaatkan seluruh rangkaian bekalan halal.



  • Laporan ini dibawakan oleh Majlis Ekonomi Masa Hadapan.


SEKILAS



AYUH SERTAI SEMINAR EKONOMI BARU ANJURAN BH/BM SERTA DIALOG BERSAMA MENTERI NEGARA KANAN (PERDAGANGAN DAN PERUSAHAAN), ENCIK CHEE HONG TAT



Dengar perkongsian dua syarikat - Asyura Paste dan Lemaq - yang pernah manfaatkan Pusat Inovasi dan Sumber Makanan (FIRC) di Politeknik Singapura (SP) dan sertai satu sesi dialog bersama Encik Chee bagi membincangkan isu-isu perniagaan.



Bila: Isnin, 11 November



Waktu: 2.30 hingga 5.30 petang



Tempat: Pusat Inovasi dan Sumber Makanan (FIRC), Politeknik Singapura (masuk di gerbang pintu 8)



Tidak ada bayaran dikenakan.



Sila daftar di econ.sphevents.com.sg



Seminar turut disokong Majlis Ekonomi Masa Hadapan (FEC)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >