Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yayasan Temasek tawar biasiswa dorong lebih ramai ceburi khidmat sosial, mental

Separuh dari biasiswa ditawar kepada pelajar kurang berkemampuan
Dec 13, 2022 | 05:30 AM



DEMI menarik dan menggalak lebih ramai rakyat Singapura menceburi kerjaya dalam perkhidmatan sosial dan mental, Yayasan Temasek telah melahirkan komitmen untuk menyediakan anugerah pengajian bernilai $1.07 juta kepada pelajar Singapura.



Sekurang-kurangnya 88 anugerah pengajian dijangka dapat ditawarkan bagi mereka yang layak mendaftar dalam kursus berkaitan yang ditawarkan oleh Politeknik Nanyang (NYP), Politeknik Ngee Ann (NP), Politeknik Temasek(TP), Universiti Nasional Singapura (NUS), dan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Yayasan Temasek semalam, sekitar separuh daripada anugerah pengajian ini akan ditawarkan kepada pelajar dari latar belakang berpendapatan rendah.



Untuk menyokong pelajar daripada latar belakang berpendapatan rendah untuk merebut peluang kerjaya dalam bidang sosial sektor perkhidmatan, sebanyak 40 anugerah pengajian akan ditawarkan.



Antara yang ditawarkan adalah untuk diploma Kerja Sosial di NYP, Diploma Pembangunan Masyarakat di Politeknik NP, Diploma Pengajian Psikologi serta Diploma Sains Sosial dalam Gerontologi di TP.



Semua kursus adalah untuk tiga tahun.



Anugerah pengajian ini akan menampung kos perbelanjaan pendidikan serta menyediakan perbelanjaan pendidikan ketika pelajar itu masih belajar.



Pemohon yang layak mestilah warga Singapura, dengan pendapatan per kapita tidak lebih daripada $750 atau pendapatan isi rumah kasar tidak melebihi $3,000.



Sekitar 48 anugerah pengajian akan ditawarkan untuk menarik individu pertengahan kerjaya yang ingin memasuki sektor kesihatan mental, atau profesional perkhidmatan sosial dalam perkhidmatan.



Ini adalah untuk menyokong mereka dalam peningkatan kemahiran sendiri dengan kursus pendek berkaitan kesihatan mental, kata Yayasan Temasek.



Anugerah pengajian yang ditawarkan termasuk Diploma Kepakaran Pembangunan Belia & Kesejahteraan Mental selama setahun di NP dan juga Sijil Profesional dalam bidang Kesihatan Mental selama lima bulan bersama NUS.



Selain itu, beberapa pengajian di peringkat Sarjana Muda separuh masa turut ditawarkan di SUSS.



Antara program yang ditawarkan termasuk Sarjana Muda dalam Kaunseling, Kerja Sosial dan juga Psikologi.



Anugerah pengajian yang ditawarkan akan menampung kos tuisyen setelah subsidi pemerintah diberikan sekiranya layak.



Mereka yang ingin memohon untuk anugerah pengajian ini harus sedang bekerja atau berhasrat untuk menyertai badan perkhidmatan sosial.



Encik Lim Hock Chuan, Ketua, Program di Yayasan Temasek berkata:



"Dengan jumlah anugerah pengajian ditawarkan ini, kami berharap dapat mempercepatkan pertumbuhan dalam kapasiti dan keupayaan sektor kesihatan mental dengan menarik lebih ramai individu untuk memasuki sektor tersebut, dan melengkapkan profesional perkhidmatan sosial semasa dengan kemahiran untuk membantu orang yang menghadapi cabaran kesihatan mental."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >