Ye Kung: Bimbing generasi muda bincang mengenai kaum, agama
Premium
Ye Kung: Bimbing generasi muda bincang mengenai kaum, agama
Lebih ramai guru akan jalani latihan agar dapat bimbing perbincangan dalam kelas
Jul 17, 2020 | 5:30 AM
DEKATI GOLONGAN MUDA: Encik Ong beramah dengan beberapa pelajar menengah empat semasa waktu makan. Para pelajar dihiburkan dengan konsert dalam talian yang dipersembahkan oleh kumpulan pelajar kesenian sekolah tersebut. Di belakang mereka ialah pengetua Sekolah Menengah Tampines, Encik Shane Kwok. - Foto BH oleh KUA CHEE SIONG -
BERBANDING generasi lama yang mungkin berasa kekok untuk berbincang tentang isu berkaitan kaum dan agama, Menteri Pendidikan Ong Ye Kung berkata generasi hari ini lebih terbuka untuk membincangkannya tetapi dalam suasana yang lebih terpimpin dalam bilik darjah.
Ini agar mereka dapat mengemudi perbezaan yang dilihat di sekeliling mereka dengan lebih baik lagi.

