Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ye Kung: Pemerintah tingkat usaha sokong golongan penjaga paliatif

Dec 10, 2021 | 05:30 AM



ADALAH penting bagi isu sensitif berkaitan kematian dibincangkan secara lebih terbuka dan jujur, sedang pemerintah mempertingkat khidmat jagaan paliatif untuk memenuhi keperluan penduduk semakin berusia.



Menyatakan demikian di permulaan Persidangan Jagaan Paliatif Singapura yang berlangsung selama dua hari dan secara maya semalam, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata pemerintah akan meningkatkan usaha menyokong golongan penjaga, meningkatkan kapasiti penjagaan paliatif di hospis dan rumah, selain meningkatkan keupayaan di kalangan profesional yang menyediakan penjagaan sedemikian.



Jagaan paliatif bertujuan membantu seseorang menghadapi penyakit serius dan rumit dengan cara terbaik, di samping meningkatkan mutu hidup mereka dan orang tersayang.



Pada masa sama, adalah penting untuk perbincangan terus terang diadakan mengenai kematian, kata Encik Ong.



"Ia perkara paling penting yang perlu kita lakukan. Ia akan berlaku dalam keluarga, antara pesakit dengan doktor, dan dalam kalangan anggota masyarakat dan kumpulan penjagaan kesihatan.



"Ia adalah salah satu cara merapatkan ketakpadanan jangkaan dan keinginan antara pesakit yang hampir meninggal dunia dengan orang tersayangnya," ujarnya lapor The Straits Times.



Dalam ucapannya, Encik Ong menyatakan ahli keluarga selalunya ingin melakukan apa sahaja yang boleh untuk memastikan pesakit mendapat penjagaan terbaik untuk pulih, walau tipis kemungkinannya.



Manakala pesakit mungkin lebih suka menghabiskan hari-hari terakhir mereka dalam keselesaan rumah mereka sendiri, daripada menjalani rawatan traumatik.



"Kita perlu mengimbangi kedua-dua hasrat ini. Jawapannya terletak pada kemajuan jagaan paliatif dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingannya," katanya.



Kementerian Kesihatan (MOH) pada 2012 membangunkan strategi nasional bagi jagaan paliatif, dan akan terus mempertingkatkannya, kata Encik Ong.



Contohnya, projek perintis penjagaan berasaskan rumah yang dimulakan MOH pada 2019 telah mendapat maklum balas positif daripada hampir 80 peratus golongan penjaga, yang menunjukkan pengurangan beban mereka selepas menggunakan khidmat tersebut.



MOH sedang mengkaji cara meluaskan program itu.



Encik Ong juga menarik perhatian tentang kenaikan jumlah tempat hospis jagaan siang kepada sebanyak 160 yang ada sekarang - meningkat 60 peratus sejak 2017.



Terdapat juga 250 tempat hospis pesakit sekarang, dengan lebih banyak lagi tempat disediakan dalam beberapa tahun akan datang.



Ini selain bilangan tempat jagaan paliatif di rumah yang terus meningkat, dengan kira-kira 3,100 pada satu-satu masa pada 2020.



Hampir 11,000 pekerja penjagaan kesihatan telah dilatih untuk menyediakan jagaan paliatif dan lebih 100 doktor telah mengambil diploma siswazah dalam bidang perubatan paliatif.



Encik Ong menyatakan lebih ramai orang juga semakin sedar tentang nilai perancangan penjagaan awal sebagai alat untuk mendokumenkan keutamaan penjagaan kesihatan mereka, sekiranya mereka kehilangan keupayaan mental untuk membuat keputusan sendiri.




“Ia perkara paling penting yang perlu kita lakukan. Ia akan berlaku dalam keluarga, antara pesakit dengan doktor, dan dalam kalangan anggota masyarakat dan kumpulan penjagaan kesihatan. Ia adalah salah satu cara merapatkan ketakpadanan jangkaan dan keinginan antara pesakit yang hampir meninggal dunia dengan orang tersayangnya.”
– Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung mengenai perbincangan tentang kematian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >