Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Zaqy: MOM semak jumlah minimum insurans yang perlu dibeli majikan bagi pembantu rumah

Jul 28, 2021 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM) sedang menyemak jumlah minimum perlindungan insurans di bawah pelan yang perlu dibeli majikan untuk pembantu rumah asing.



Ini dinyatakan Menteri Kanan Negara (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, di Parlimen semalam.



Majikan kini perlu membeli pelan insurans perubatan dengan perlindungan sekurang-kurangnya $15,000 setiap tahun bagi penjagaan pesakit dalam serta pembedahan.



Ini cukup untuk membiayai 95 peratus daripada bil hospital pembantu rumah asing.



"Melebihi perlindungan yang diwajibkan itu, majikan boleh memilih perlindungan lebih tinggi daripada syarikat insurans mereka untuk melindungi diri mereka dengan lebih baik daripada bil yang tinggi.



"MOM sedang menyemak jumlah minimum perlindungan insurans," kata Encik Zaqy semalam.



Beliau berkata demikian untuk menjawab soalan Cik Tin Pei Ling (MacPherson) mengenai tanggungjawab majikan untuk membayar yuran perubatan bagi pembantu rumah asing mereka, meskipun bagi kes perubatan yang disifatkan sebagai tidak berkaitan dengan pekerjaan mereka.



Cik Tin memberi contoh seorang pembantu asing yang didapati mengalami penyakit jangkitan kelamin (STD) sejurus sebelum dihantar pulang, dan majikannya perlu membayar bil yang tinggi untuk merawat penyakit tersebut.



Menjawab soalan itu, Encik Zaqy berkata MOM cuba membantu majikan dalam kes seperti ini, dan terdapat skim dan dana di hospital yang boleh membantu.



Ini bagi rawatan untuk kes yang berkaitan dengan pekerjaan, mahupun tidak berkaitan dengan pekerjaan.



"Ini satu keseimbangan yang perlu kami pastikan. Apa yang kami cuba lakukan adalah untuk memastikan pekerja itu menerima rawatan sewajarnya, meskipun majikan mungkin tidak mampu membayar keseluruhan bil perubatan itu," kata Encik Zaqy.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >