GOPENG - Seorang terbunuh dan 13 lagi cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan Malaysia dekat Gopeng, Perak hari ini (6 Disember).

Menurut The Star, seorang jurucakap dari Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata sebuah bas dua tingkat dipercayai merempuh belakang sebuah treler yang membawa kertas.

Bas itu juga dilanggar dari belakang apabila sebuah lori kontena di belakangnya tidak sempat berhenti.

Antara mangsa ialah 12 penumpang bas ekspres itu, yang dipercayai dalam perjalanan dari Singapura ke Ipoh, kata S.Ganeson, ketua operasi dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai, lapor agensi berita nasional Bernama.