Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

10 bas elektrik dua tingkat julung kalinya di jalanan S'pura

Oct 27, 2020 | 8:31 PM
BAS MESRA ALAM: Bas elektrik dua tingkat yang dibekalkan konsortium China, Yutong Nari ini, dikatakan mesra sekitaran, mesra penumpang dan tidak bising di jalanan berbanding bas biasa yang bergerak dengan minyak diesel. - Foto BH oleh CLEMENT YONG
BAS MESRA ALAM: Bas elektrik dua tingkat yang dibekalkan konsortium China, Yutong Nari ini, dikatakan mesra sekitaran, mesra penumpang dan tidak bising di jalanan berbanding bas biasa yang bergerak dengan minyak diesel. - Foto BH oleh CLEMENT YONG -

SINGAPURA telah mengorak langkah mengurangkan penggunaan karbon dalam pengangkutan awam menerusi usaha sulung menggunakan 10 bas elektrik dua tingkat di jalanan pada Selasa (27 Oktober).

Bas-bas ini digunakan bagi khidmat 983 di Choa Chu Kang, 189 di Bukit Batok dan Clementi serta 83 di Punggol dan Sengkang.

Ia mungkin dikerahkan bagi laluan bas lain kelak.

Kenderaan elektrik ini dibekalkan konsortium China, Yutong Nari, dan dikatakan mesra sekitaran, mesra penumpang dan tidak bising di jalanan berbanding bas biasa yang bergerak dengan minyak diesel.

Manfaat bas elektrik itu dapat dilihat meskipun kos menggunakannya lebih seganda daripada bas diesel biasa.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata, ia berharap kos bas elektrik ini akan turun kelak dengan perubahan teknologi dan penggunaan lebih meluas.

Di majlis pelancaran rasmi bas elektrik pada Selasa (27 Oktober), Menteri Kanan (Pengangkutan), Encik Chee Hong Tat berkata, Singapura kekal terbuka pada teknologi baru dan "tidak tergesa-gesa' untuk komited pada teknologi atau model tertentu.

"Kita melakukannya kerana ia lebih baik bagi sekitaran dan adalah langkah pertama ke arah masa depan lebih menghijau.

"Kita akan mempunyai lebih banyak pilihan apabila teknologi maju," katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg