Topik diikuti
Pergi ke BHku10 Langkah penting jika anda diuji positif Covid-19
10 Langkah penting jika anda diuji positif Covid-19
1. Semasa menunggu keputusan ujian reaksi rantai polimerase (PCR)
- Pesakit harus segera pulang ke rumah dengan menaiki pengangkutan privet (kereta, teksi atau motosikal) dan asingkan diri di rumah sehingga anda menerima keputusan PCR.
- Jauhkan diri anda daripada orang lain dan pakai pelitup
- Asingkan diri di dalam bilik, sebaiknya bilik yang mempunyai tandas Secara amnya, doktor akan memberitahu anda keputusan ujian PCR dalam masa 24 hingga 48 jam. Anda juga boleh periksa keputusan anda di HealthHub.
2. Jika anda diberitahu anda positif Covid-19
- Terus asingkan diri di dalam bilik dan elak daripada mempunyai kontak dengan semua anggota rumah anda
- Buka tingkap bilik anda
3. Jika anda memenuhi kriteria, Pemulihan di Rumah akan menjadi model pengurusan penjagaan anda. Ini untuk memastikan katil hospital dapat diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan. Anda akan diberi Perintah Pengasingan selama 10 hari.
- Sudah divaksinasi sepenuhnya
- Berusia 12 hingga 69 tahun
- Tiada simptom atau simptom ringan
- Tiada penyakit teruk lain
- Tiada warga tua berusia 80 tahun ke atas atau individu mudah terjejas (misalnya wanita hamil dengan sistem imun lemah) di dalam rumah anda Anda akan menerima SMS dalam 24 jam dengan pautan untuk memberikan maklumat diri anda untuk memulakan Pemulihan di Rumah secara selamat. Jika tidak sesuai, MOH akan membuat pengaturan bagi anda berpulih di kemudahan penjagaan masyarakat atau hospital.
4. Ambil suhu badan, kadar nadi dan kadar saturasi oksigen anda sekurang-kurangnya sekali sehari
Jika anda tidak mempunyai termometer dan oximeter nadi, Care Pack akan dihantar kepada anda. Apabila Care Pack diberikan kepada anda, anda boleh berikan token Trace Together (jika perlu) kepada pegawai agar kontak rapat akan diberitahu bagi keperluan penjejakan.
5. Anda mesti memberitahu semua anggota isi rumah untuk mendaftar diri mereka sebagai kontak rapat
Ini boleh dilakukan melalui https://go.gov.sg/quarantinereg Adalah penting bagi mereka mendaftar agar Perintah Kuarantin elektronik dapat diberikan kepada mereka.
6. Permulaan Pemulihan di Rumah
- Penyedia teleperubatan akan melakukan penilaian bersama anda untuk memastikan anda sihat
- Seorang pegawai yang dikenali sebagai Teman Pemulihan di Rumah (Home Recovery Buddy) akan menghubungi anda untuk membimbing anda sepanjang tempoh ini
7. Semasa tempoh Pemulihan di Rumah, jangan keluar dari bilik anda
- Anda mesti mengekalkan kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan dengan sabun
- Anda patut melakukan transaksi tanpa kontak dan pastikan semua barangan diletakkan dalam beg untuk mengurangkan pendedahan kepada orang lain. Ini termasuk makanan atau keperluan lain yang perlu dihantar ke rumah.
- Orang luar tidak patut mengunjungi rumah anda sepanjang tempoh ini
8. Pantau kesihatan anda (suhu badan, kadar nadi dan kadar saturasi oksigen) secara kerap setiap hari
- Hantarkan sekurang-kurangnya sekali sehari melalui https://go.gov/homeisolationdailyreport yang diberikan dalam Buku Pemulihan di Rumah
- Anda boleh menghubungi penyedia teleperubatan jika berasa kurang sihat atau hubungi 995 jika berlaku kecemasan perubatan
9. Pada hari ke-6, anda boleh ambil ujian PCR untuk menilai status pemulihan anda
- Hubungi penyedia teleperubatan anda bagi ujian PCR yang akan dilakukan di rumah anda. Jika keputusannya negatif atau menunjukkan beban virus rendah, anda boleh teruskan aktiviti seharian seperti biasa pada hari ke-7
- Jika keputusan menunjukkan beban virus tinggi, atau jika anda tidak mengambil ujian PCR pada Hari ke-6, terus asingkan diri sehingga Hari ke-10 dan anda boleh lakukan aktiviti biasa jika anda sihat
10. Apabila anda bebas dari Pemulihan di Rumah
- Kurangkan interaksi sosial selama tujuh hari
- Hubungi penyedia teleperubatan untuk mendapatkan cuti sakit jika anda perlukan lebih banyak rehat
Sumber: Kementerian Kesihatan (MOH)