Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

10 lelaki ditangkap kerana memasuki Singapura menerusi perairan dekat Tuas secara terlarang

Jun 25, 2018 | 1:27 PM
MASUK SINGAPURA SECARA TERLARANG: Pegawai PCG mengesan bot yang membawa 10 lelaki memasuki Singapura secara terlarang sekitar 7.30 malam pada 23 Jun 2018.
MASUK SINGAPURA SECARA TERLARANG: Pegawai PCG mengesan bot yang membawa 10 lelaki memasuki Singapura secara terlarang sekitar 7.30 malam pada 23 Jun 2018. - Foto SPF

SERAMAI 10 lelaki ditangkap kelmarin (23 Jun) kerana memasuki Singapura secara terlarang selepas dikesan Polis Pengawal Pantai (PCG) di perairan dekat Tuas.

Menerusi satu kenyataan malam tadi, polis berkata lelaki itu berusia antara 20 dengan 44 tahun.

Sekitar 7.30 malam kelmarin, pegawai PCG mengesan satu bot laju yang membawa lelaki itu menuju ke Singapura.

Bot itu mendekati kawasan tanah tambak di Tuas sebelum cuba meninggalkan perairan Singapura, kata polis.

Kedua-dua sumber laut dan darat, termasuk kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) dikerah untuk menjalankan pencarian di kawasan tanah tambak di Tuas itu.

Polis berkata lelaki itu kemudian berjaya ditangkap dengan bantuan Divisyen Polis Jurong, Kontinjen Gurkha dan Komand Operasi Khas (SOC).

Jika sabit kesalahan, lelaki itu boleh dipenjara sehingga enam bulan dan disebat sekurang-kurangnya tiga kali.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg