
SEPULUH orang ditangkap minggu lalu kerana terlibat dalam satu pergaduhan di Bugis Village.
Sebuah video empat minit kejadian itu disiarkan di laman Facebook SG HardTruth Community pada Isnin (13 Jun), menunjukkan sekumpulan orang menjerit sedang apa yang kelihatan seperti satu pergelutan berlaku.
Kumpulan itu terdiri daripada lelaki dan wanita. Ada daripada mereka boleh dilihat saling bertumbuk, manakala seorang dilihat terbaring di lantai.
Beberapa lelaki kemudian dilihat campur tangan dalam kekecohan itu.
Video tersebut, bertajuk 'Kekecohan di Bugis Street pada 7 Jun', telah dilihat lebih 28,000 kali dan dikongsi lebih 350 kali hingga 1 tengah hari Rabu (15 Jun).
Polis berkata pada Rabu ia menerima panggilan pada 10.00 malam pada 7 Jun meminta bantuan di 2 New Bugis Street.
Apabila tiba, pegawai polis menangkap sembilan orang kerana perhimpunan haram. Seorang lelaki ditangkap kemudiannya berhubung kes itu.
Siasatan polis masih berjalan.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg