Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

10 pedang cuba diseludup masuk ke S’pura sepanjang Ogos

Oct 9, 2024 | 4:50 PM
Kontena kargo yang tiba di Stesen Pengimbasan Pasir Panjang dan Pelabuhan Tuas akan melalui imbasan dan sesiapa yang didapati bersalah mengimport senjata secara haram, boleh didenda sehingga $10,000 dan dipenjara sehingga tiga tahun.
Kontena kargo yang tiba di Stesen Pengimbasan Pasir Panjang dan Pelabuhan Tuas akan melalui imbasan dan sesiapa yang didapati bersalah mengimport senjata secara haram, boleh didenda sehingga $10,000 dan dipenjara sehingga tiga tahun. - Foto fail

Anomali dalam imej yang diimbas adalah petanda pertama bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam kontena kargo yang telah tiba di Stesen Pengimbasan Pasir Panjang dan Pelabuhan Tuas.

Sebanyak 10 pedang ditemui dalam tiga percubaan penyeludupan berasingan pada Ogos, kata Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu hantaran Facebook pada 9 Oktober.

Pada 5 Ogos, ICA menemui satu pedang logam dan satu pedang kayu.

Ini diikuti dengan penemuan dua pedang logam lain pada 24 Ogos.

Pada 26 Ogos pula, pegawai ICA menemui dua pedang logam, dua pedang plastik dan dua pedang kayu. 

Kes tersebut telah dirujuk kepada pihak polis, kata ICA.

Polis mengesahkan bahawa laporan telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan.

Di Singapura, sebilangan jenis senjata boleh diimport dengan kelulusan daripada Jabatan Kawalan dan Pelesenan Polis (PLRD).

Laman web perkhidmatan elektronik polis di https://eservices1.police.gov.sg/, mengandungi informasi lanjut mengenai Lesen Senjata dan Bahan Berbahaya atau ‘Weapon and Noxious Substance Licence’, senarai barangan terkawal serta panduan untuk mendapatkan lesen dan kelulusan bagi membawa masuk senjata-senjata tersebut.

Mereka yang didapati bersalah mengimport senjata sedemikian secara haram, boleh didenda sehingga $10,000 dan dipenjara sehingga tiga tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg