100 dipindah dari Chinatown Point lepas kedai terbakar

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

100 dipindah dari Chinatown Point lepas kedai terbakar

Mar 13, 2021 | 5:30 AM

100 dipindah dari Chinatown Point lepas kedai terbakar

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
TUNGGU GILIRAN: Ramai orang dilihat beratur di luar Chinatown Point semalam petang, menunggu giliran untuk memasuki semula pusat beli-belah itu selepas api dipadamkan. - Foto BH oleh CHONG JUN LIANG
TUNGGU GILIRAN: Ramai orang dilihat beratur di luar Chinatown Point semalam petang, menunggu giliran untuk memasuki semula pusat beli-belah itu selepas api dipadamkan. - Foto BH oleh CHONG JUN LIANG -

PEMBELI dan penyewa di pusat beli-belah Chinatown Point dipindahkan setelah satu kebakaran berlaku pagi semalam.

Kebakaran itu dipercayai bermula dalam kedai Luxury City, peruncit beg dan aksesori mewah yang terletak di aras pertama pusat beli-belah itu.

Menurut satu laporan akhbar The Straits Times, papan tanda kedai itu kelihatan rosak.

Cik Sharon Guan, 39 tahun, yang bekerja di kedai Samsung, dua unit dari kedai itu, berkata kebakaran tersebut bermula pada kira-kira 10.15 pagi.

"Sekitar 10.25 pagi, terdapat asap diseluruh aras pertama, dan pegawai keselamatan memberitahu kami supaya meninggalkan tempat itu.

"Waktu itu kami tidak tahu satu kebakaran sedang berlaku, tetapi melihatnya dari luar," kata Cik Guan.

Sebuah video kejadian tersebut menunjukkan api besar dalam kedai itu. Tingkkap kaca juga dilihat rekat.

Kira-kira 12 tengah hari semalam, penyewa kedai di pusat beli-belah itu diberitahu supaya berkumpul di pintu masuknya bagi maklumat lanjut, tetapi mereka tidak dibenarkan kembali ke unit mereka.

Sekurang-kurangnya tiga lori bomba Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dilihat di tempat kejadian.

Seorang jurucakap mengatakan SCDF dimaklumkan mengenai kebakaran itu sekitar 10.25 pagi, dan siasatan awal menunjukkan ia bermula daripada masalah elektrik.

Kebakaran itu melibatkan papan tanda di kedai dan dipadamkan oleh sistem perenjis pusat beli-belah itu sebelum SCDF tiba.

Kira-kira 100 pembeli dan penyewa dipindahkan, sementara seorang pekerja dihantar ke Hospital Besar Singapura (SGH) oleh SCDF kerana terhidu asap.

Difahamkan pemilik kedai Luxury City sedang membantu dalam siasatan.

Jurucakap Perennial (Singapore) Retail Management, pengurus pusat beli-belah itu, berkata kebakaran tersebut berlaku pada 10.15 pagi dan menyebabkan penggera kebakaran berbunyi.

"Api sudah dipadamkan dan kami sedang bekerjasama dengan SCDF dan Pasukan Polis Singapura yang berada di tempat kejadian.

"Kami akan memberi maklumat lanjut sebaik-baik sahaja kami mempunyai maklumat yang kami dapat mengesahkan," katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg