Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

1,000 pemohon Sirs diminta kembalikan wang ekoran pengisytiharan salah: Josephine Teo

Jan 5, 2021 | 5:24 PM
Skim Sirs merupakan program bantuan Covid-19 bagi individu bekerja sendiri dengan memberi golongan tersebut bayaran tunai setiap tiga bulan sebanyak $3,000 pada Mei, Julai dan Oktober 2020. -
Skim Sirs merupakan program bantuan Covid-19 bagi individu bekerja sendiri dengan memberi golongan tersebut bayaran tunai setiap tiga bulan sebanyak $3,000 pada Mei, Julai dan Oktober 2020. - - FOTO: KUA CHEE SIONG

SEKITAR 1,000 individu telah diminta untuk memulangkan bayaran Skim Pelepasan Pendapatan bagi Individu Bekerja Sendiri (Sirs) selepas permohonan mereka didapati mengandungi pengisytiharan yang salah, kata Menteri Tenaga Manusia Cik Josephine Teo, di Parlimen pada Selasa (5 Jan).

Pemohon yang terjejas sekitar 0.5 peratus daripada 200,000 permohonan yang berjaya mendapatkan bantuan Sirs itu, dengan wang sekitar $1.8 bilion yang telahpun diberikan kepada individu bekerja sendiri antara April dengan Disember tahun lalu, lapor akhbar The Straits Times (ST).

"Untuk bersikap adil dan konsisten kepada semua pemohon, mereka yang membuat pengisytiharan salah telah dihubungi untuk mengembalikan pembayaran Sirs mereka.

"Ada yang sudah pun berbuat demikian dan kami akan menghubungi yang lain secara individu untuk memberikan mereka masa melakukan demikian," kata Cik Teo menjawab pertanyaan Encik Jamus Lim (GRC Sengkang).

Skim Sirs merupakan program bantuan Covid-19 bagi individu bekerja sendiri dengan memberi golongan tersebut bayaran tunai setiap tiga bulan sebanyak $3,000 pada Mei, Julai dan Oktober 2020.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg