Topik diikuti
Pergi ke BHku1,000 tempat latihan sektor maritim bagi warga SG dan PR
Oct 23, 2020 | 5:30 AM
1,000 tempat latihan sektor maritim bagi warga SG dan PR
SEBANYAK 1,000 tempat latihan dalam sektor maritim akan ditawarkan kepada warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR) dalam beberapa bulan akan datang. Peluang itu ditawarkan di bawah Inisiatif Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited dalam bidang seperti sistem automasi, transformasi digital, operasi perkapalan dan pengawasan maritim.
Ia hasil kerjasama Penguasa Kelautan dan Pelabuhan (MPA), SkillsFuture Singapura (SSG), Tenaga Kerja Singapura (WSG), Persatuan Perkapalan Singapura (SSA), serta syarikat maritim dan institusi pengajian tinggi, menurut satu kenyataan bersama pertubuhan-pertubuhan itu semalam.
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti