Premium
10,000 sertai 'The Purple Parade'
Oct 29, 2017 | 5:30 AM

BINA MASYARAKAT INKLUSIF: Presiden Halimah Yacob (bertudung di tengah) menyambut baik usaha bersatu padu masyarakat dalam menjadikan Singapura sebuah masyarakat yang lebih inklusif. Turut hadir ialah Penasihat Jawatankuasa The Purple Parade dan Mayor CDC Central Singapore, Cik Denise Phua (berdiri barisan depan berseluar pendek putih). - Foto IQBAL FAIZAL -
SEKITAR 10,000 orang membanjiri pusat beli-belah Suntec City semalam bagi acara The Purple Parade, yang merupakan gerakan terbesar untuk menyokong inklusiviti dan meraikan golongan berkeperluan khas di Singapura.
Gerakan bersifat ground-up atau disaran orang ramai itu yang dikelolakan pertubuhan berkeperluan khas tempatan dan Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Central Singapore kembali buat tahun kelima kali ini.

