10,000 sokong golongan berkeperluan khas
Premium
10,000 sokong golongan berkeperluan khas
DPM Heng sertai pesta yang diadakan untuk galak masyarakat inklusif
Nov 3, 2019 | 5:30 AM
10,000 sokong golongan berkeperluan khas
UCAP SAMA: Encik Heng (barisan depan, enam dari kanan) melahirkan ikrar sokongannya semasa acara The Purple Parade semalam dan disertai sama beberapa Anggota Parlimen (AP) lain termasuk Cik Rahayu Mahzam (barisan belakang, empat dari kanan) dan Dr Intan Azura Mokhtar (barisan belakang, tujuh dari kanan). - Foto BM oleh ALPHONSUS CHERN -
GERAKAN Purple Parade tahun ini menyaksikan jumlah pelawat tertinggi - dengan lebih 10,000 orang berhimpun sebagai menyokong masyarakat berkeperluan khas di pesta sehari yang berlangsung di Suntec City, semalam.
Pesta yang masuk tahun ketujuh itu diadakan sebagai menggalakkan masyarakat inklusif dan meraikan keupayaan golongan berkeperluan khas, menyaksikan sehingga 5,000 peserta turut membuat pelbagai persembahan khas di hadapan orang ramai, termasuk tetamu terhormat, Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat.

