Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

1,020 karton rokok elak cukai dijumpai dalam trak: Pemandu warga M'sia ditahan

Mar 16, 2022 | 5:30 AM
DUA TRAK TERLIBAT: Sebanyak 1,020 karton rokok elak cukai telah dirampas oleh Kastam Singapura. - Foto KASTAM SINGAPURA
DUA TRAK TERLIBAT: Sebanyak 1,020 karton rokok elak cukai telah dirampas oleh Kastam Singapura. - Foto KASTAM SINGAPURA -

SEORANG pemandu warga Malaysia berusia 29 tahun ditahan Sabtu lalu selepas 1,020 karton rokok elak cukai ditemui di dalam traknya.

Jumlah cukai duti dan barangan dan perkhidmatan yang dielak berjumlah kira-kira $87,100 dan $6,930, kata Kastam Singapura semalam, lapor akhbar The Straits Times.

Dia ditahan dalam satu gerakan pada Sabtu lepas, di sekitar Tuas South Walk.

Pegawai Kastam Singapura terlihat kepala lori yang didaftarkan di Malaysia, dipasang pada sebuah treler serta sebuah trak berdaftar Singapura diletakkan bersebelahan di tepi jalan.

Mereka menemui 1,020 karton rokok elak cukai di dalam trak itu, yang diambil dari petak yang diubah suai di papan lantai treler.

Rokok tersebut serta dua kenderaan itu dirampas, dan prosiding mahkamah terhadap lelaki itu sedang berlangsung.

Kastam Singapura memberi amaran bahawa membeli, menjual, menghantar, menyimpan, memiliki atau berurusan dengan barangan yang tidak dibayar cukai adalah kesalahan serius.

Pesalah boleh didenda sehingga 40 kali ganda jumlah duti dan cukai barangan dan perkidmatan (GST) yang dielakkan, penjara sehingga enam tahun, atau kedua-duaya sekali.

"Kenderaan yang digunakan dalam melakukan kesalahan itu boleh dilucutkan," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan penyeludupan atau pengelakan cukai atau GST boleh menghubungi talian hotline Kastam Singapura di 1800-2330000, atau menghantar e-mel kepada customs_intelligence@ customs.gov.sg untuk melaporkan kegiatan haram itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg