Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

108 suspek pesalah dadah ditangkap dalam operasi 4 hari CNB

Oct 12, 2018 | 6:05 PM
OPERASI CNB: Dadah dan wang tunai yang dirampas hasil satu operasi CNB di Teck Whye Lane pada 10 Oktober 2018.
OPERASI CNB: Dadah dan wang tunai yang dirampas hasil satu operasi CNB di Teck Whye Lane pada 10 Oktober 2018. - Foto CNB

SERAMAI 108 suspek pesalah dadah ditangkap hasil satu operasi Biro Narkotik Pusat (CNB) di seluruh negara yang berakhir pagi tadi (12 Oktober).

CNB merampas 2,163 gram heroin, 44 gram Ice, 13 gram kanabis, 19 pil Erimin-5, 10 pil Ecstasy dan 468 gram Bahan Psikoaktif Baru (NPS) daripada operasi selama empat hari itu, kata CNB menerusi dalam satu kenyataan haru ini.

Semasa operasi itu juga, pegawai CNB menangkap seorang lelaki berusia 63 tahun dan merampas dadah bernilai sekitar $154,000 kelmarin.

Pegawai CNB menemui 876 gram heroin, 29 gram Ice dan wang tunai sebanyak lebih $87,000 dari sebuah unit di Teck Whye Lane.

Mereka turut menemui sebuah bungkusan yang mengandungi 1,277 gram heroin atas rumput, yang disyaki dibuang suspek dari tingkap sebelum ditangkap.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg