Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

11 aduan diterima tentang buku perpustakaan dengan kandungan homoseksual sejak 2014

Sep 10, 2018 | 2:20 PM
BUKU PERPUSTAKAAN: NLB membawa masuk 86,000 tajuk buku baru bagi 26 perpustakaan di Singapura setiap tahun.
BUKU PERPUSTAKAAN: NLB membawa masuk 86,000 tajuk buku baru bagi 26 perpustakaan di Singapura setiap tahun. - Foto SONG TAO

LEMBAGA Perpustakaan Negara (NLB) telah memindahkan lapan tajuk buku dari bahagian kanak-kanak ke bahagian bagi pembaca lebih matang sepanjang empat tahun lalu.

Ini menyusuli aduan yang diterima NLB bahawa buku tersebut mempunyai kandungan homoseksual.

Menteri Perhubungan dan Penerangan, Encik S. Iswaran, memberitahu Parlimen hari ini (10 September) bahawa NLB telah menerima 11 aduan daripada orang awam tentang buku yang mempunyai kandungan homoseksual sejak 2014.

Selain lapan tajuk buku yang dipindahkan dari bahagian kanak-kanak ke bahagian bagi pembaca lebih matang itu, tiga lagi dianggap sesuai untuk terus kekal dalam koleksi asalnya bagi kanak-kanak dan golongan dewasa muda, kata Encik Iswaran.

Bagi buku yang menyentuh topik bangsa, agama dan lain-lain pula, NLB menerima 23 maklum balas.

Sebanyak tujuh daripadanya dipindahkan ke bahagian bagi pembaca lebih matang manakala lagi lapan dikekalkan dalam koleksi asalnya.

Sementara itu, satu siri yang merangkumi lapan tajuk buku Melayu bagi kanak-kanak - Agama, Tamadun Dan Arkeologi - ditarik balik pada Jun tahun lalu akibat kandungan agama yang kontroversi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg