Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

11 diselamatkan, 2 hilang selepas kapal tenggelam di Laut China Selatan

Jan 13, 2018 | 9:51 PM
-

SEKITAR 3.50 petang semalam, Penguasa Kelautan dan Pelabuhan (MPA) diberitahu oleh pegawai daripada tiga kapal dagang yang sedang melintas bahawa mereka telah menyelamatkan 11 orang daripada kapal yang tenggelam di Laut China Selatan.

Tenggelamnya kapal tersebut adalah di dalam lingkungan kawasan pencarian dan penyelamatan kelautan Singapura.

MPA dalam kenyataannya menjelaskan bahawa mangsa yang terselamat mengesahkan terdapat 13 anak kapal yang belayar dalam kapal yang tenggelam itu. Dua orang masih tidak dapat dikesan.

Kapal-kapal berhampiran menerima pesanan pengemudian daripada MPA yang meminta mereka melaporkan sebarang penemuan anak kapal terbabit di samping belayar dengan penuh hati-hati menyusuli kejadian itu.

Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) juga mengerahkan sebuah helikopter Super Puma dan sebuah pesawat kelautan berkeliling Fokker-50 bagi menyokong operasi pencarian dan menyelamat itu.

MPA sedang menyelaras operasi yang berterusan dengan kerjasama pihak berkuasa di Malaysia dan Indonesia.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg