Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

11 orang ditangkap, dadah bernilai $1.2j dirampas dalam operasi CNB

Oct 9, 2020 | 8:32 PM
Pil 'Ice', ganja dan Erimin-5 ditemui di sebuah unit di kawasan Jalan Selamat operasi yang dilaksanakan CNB pada 7 Oktober 2020. - FOTO: CNB
Pil 'Ice', ganja dan Erimin-5 ditemui di sebuah unit di kawasan Jalan Selamat operasi yang dilaksanakan CNB pada 7 Oktober 2020. - FOTO: CNB -

SERAMAI 11 individu yang disyaki pesalah dadah telah ditangkap dalam serbuan Biro Narkotik Pusat (CNB) pada 7 dan 8 Oktober lalu.

Dadah bernilai sekitar $1.2 juta turut dirampas.

Mereka yang ditangkap di beberapa lokasi di Singapura itu termasuk di Jalan Selamat di Kembangan dan Lorong Limau terdiri daripada tujuh lelaki dan empat wanita berusia antara 20 dengan 54 tahun, kata CNB dalam kenyataan pada Jumaat (9 Okt).

Dalam serbuan itu, pegawai CNB merampas sekitar 3,651 gram 'Ice,' 256 gram dadah heroin, sekitar 910 gram ganja, 398 gram ketamin, 76 pil 'Ecstasy' dan sebanyak 555 pil Erimin-5.

Wang tunai berjumlah $15,785 juga diperoleh semasa operasi tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg