Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

11 pertubuhan sertai usaha memodenkan sektor khidmat persekitaran

Jul 9, 2018 | 4:17 PM
KHIDMAT PERSEKITARAN: Sebanyak 11 pertubuhan baru menyertai kerjasama yang dinamakan Incubate di Sidang Puncak CleanEnviro Singapura (CESS) 2018.
KHIDMAT PERSEKITARAN: Sebanyak 11 pertubuhan baru menyertai kerjasama yang dinamakan Incubate di Sidang Puncak CleanEnviro Singapura (CESS) 2018. - Foto FACEBOOK/CESS

SINGKI dapur yang boleh membantu sisa makanan menjadi baja, alat pembersih robot dan sistem teknolog yang boleh membersihkan kawasan serta menjalankan pengawasan.

Demikian antara inovasi yang disokong Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), setengah tahun selepas mereka bekerjasama dengan tujuh pertubuhan daripada sektor yang berbeza.

Hari ini (9 Julai), 11 pertubuhan baru menyertai kerjasama yang dinamakan Incubate itu di Sidang Puncak CleanEnviro Singapura (CESS) 2018.

Pertubuhan itu termasuk Marina Bay Sands, Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan Taman Haiwan Singapura.

Semasa berucap di pembukaan CESS 2018 di Marina Bay Sands, Menteri Negara Kanan (Sekitaran dan Sumber Air merangkap Kesihatan), Dr Amy Khor, berkata industri khidmat persekitaran perlu mengatasi daya penghasilan yang rendah selain cabaran yang timbul dengan penduduk Singapura yang menua.

"NEA akan terus mengadakan sesi perkongsian secara kerap di kalangan rakan kerja Incubate agar idea dapat dikembangkan dan kejayaan diulangi dalam seluruh industri ini," katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg