SEORANG remaja perempuan berusia 17 tahun merupakan antara 11 remaja warga Singapura yang didakwa di mahkamah pada Rabu (27 Mei) selepas mereka dikatakan meninggalkan rumah masing-masing untuk "membincangkan satu penyelesaian", meskipun di tengah-tengah tempoh 'pemutus litar'.

Mereka juga didapati memiliki pisau, lapor The Straits Times.

Phoebe Chu Pei Er didakwa bagi satu tuduhan menyertai satu perhimpunan haram sambil memiliki senjata berbahaya dan satu kesalahan di bawah Akta (Langkah Sementara) Covid-19.

Baki remaja lain melibatkan 10 lelaki berusia 16 hingga 19 tahun, yang menghadapi tuduhan serupa.

Mereka adalah Leong Wei Zhi, 16 tahun, Tan Wei Hao, See Huan Foo, Jerome Tan, Cyrus Lim, semua 17 tahun, Glenn Wong Jun Yi, Jovan Pang Zhiquan, Keith Ser Sheng Kai, Lum Qi Xuan, semua 18 tahun, dan Seth Lim, 19 tahun.

Kejadian itu berlaku di Blok 221 Boon Lay Place sekitar 11 malam pada Isnin lalu.