Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

11 stesen MRT baru Laluan Thomson-East Coast beroperasi sepenuhnya

Nov 14, 2022 | 5:30 AM
SENANG KE MANA-MANA: Para penumpang di stesen MRT Maxwell, iaitu antara 11 stesen baru sepanjang Laluan Thomson-East Coast, semalam. - Foto BH oleh ALPHONSUS CHERN
SENANG KE MANA-MANA: Para penumpang di stesen MRT Maxwell, iaitu antara 11 stesen baru sepanjang Laluan Thomson-East Coast, semalam. - Foto BH oleh ALPHONSUS CHERN -

SINGAPURA kini menjadi lebih mudah diakses setelah 11 stesen MRT baru sepanjang Laluan Thomson-East Coast (TEL) mula beroperasi sepenuhnya semalam.

Stesen tersebut membentuk fasa ketiga pembinaan TEL, atau TEL3, dan merangkumi Stevens, Napier, Orchard Boulevard, Orchard, Great World, Havelock, Outram Park, Maxwell, Shenton Way, Marina Bay dan Gardens by the Bay.

Ia adalah sambungan daripada laluan TEL1 sepanjang 3.2 kilometer (km), melibatkan tiga stesen - Woodlands North, Woodlands dan Woodlands South yang mula Januari 2020.

TEL2 sepanjang 13km beroperasi sejak Ogos 2021 melibatkan enam stesen - Springleaf, Lentor, Mayflower, Bright Hill, Upper Thomson dan Caldecott.

Sejak awal pagi semalam, para penumpang memanfaatkan khidmat laluan itu, yang menghubungkan penduduk dari bahagian utara negara ini, di kawasan Woodlands, ke kawasan pusat bandar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg