Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

11 suspek pergaduhan bawa maut di Orchard Road dibawa ke tempat kejadian

Aug 27, 2023 | 8:56 PM
KES PERGADUHAN DI ORCHARD: Asvain Pachan Pillai Sukumaran (berbaju merah), yang didakwa membunuh seorang lelaki, dibawa semula ke tempat kejadian di Orchard Road pada Ahad pagi.
KES PERGADUHAN DI ORCHARD: Asvain Pachan Pillai Sukumaran (berbaju merah), yang didakwa membunuh seorang lelaki, dibawa semula ke tempat kejadian di Orchard Road pada Ahad pagi. - Foto ST

Seramai sebelas lelaki yang disyaki terlibat dalam pergaduhan yang menyebabkan seorang lelaki maut telah dibawa ke tempat kejadian di Orchard Road oleh pegawai polis pada Ahad.

Antara mereka ialah Asvain Pachan Pillai Sukumaran, 29 tahun, yang didakwa membunuh Encik Mohammad Isrrat Mohd Ismail pada 20 Ogos.

Asvain, yang memakai kemeja-T polo merah, seluar pendek biru dan selipar, merupakan suspek pertama yang tiba di tempat kejadian dengan menaiki sebuah van sekitar 9 pagi.

Diiringi pegawai polis yang berpakaian preman, Asvain dibawa ke Hotel dan Pusat Beli-Belah Concorde.

Seramai 10 suspek lain tiba selepas Asvain, dan mereka dibawa keluar dari van seorang demi seorang.

Selain Asvain, sembilan daripada lelaki itu telah didakwa merusuh menggunakan senjata yang boleh membawa maut.

Seorang lagi lelaki, yang merupakan suspek ke-11 dikaitkan dengan kejadian itu, telah dikenakan tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan dengan senjata berbahaya.

Pada Selasa, pendakwa polis meminta semua suspek direman bagi siasatan dan berkata pegawai penyiasat perlu membawa mereka keluar untuk melawat semula tempat kejadian.

Polis berkata dalam satu kenyataan sebelum ini bahawa pergaduhan itu tercetus disebabkan satu pertikaian dan semua yang terlibat mengenali antara satu sama lain.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg