Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

110 keluarga bekas pesalah buka puasa bersama

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

110 keluarga bekas pesalah buka puasa bersama

Mar 21, 2024 | 08:39 PM



Dek terjerat dalam kancah dadah, suami Cik Mira (bukan nama sebenar) keluar masuk penjara selama lebih 10 tahun.

Sepanjang tempoh itu, beliau terpaksa memikul tanggungjawab sebagai satu-satunya pencari nafkah untuk menyara hidup beliau dan tujuh anaknya yang kini berusia empat hingga 23 tahun.

Ini termasuk dengan bertugas sebagai seorang pekerja pembersihan selama lebih setahun.

“Bukan tak pernah terlintas di fikiran nak berpisah, tapi pada masa yang sama, saya juga fikirkan anak-anak, dan mereka inginkan ibu dan ayah mereka kekal bersama, jadi saya akan usahakan.

“Keutamaan saya adalah anak-anak, jadi saya akan cuba sedaya upaya memenuhi keperluan mereka,” kata Cik Mira yang kini bekerja dalam bidang penghantaran pos.

Menurut Cik Mira, anak-anak beliau yang kecil agak gembira tahun ini dapat menyambut Ramadan dan Hari Raya bersama bapa mereka.

Cik Mira dan keluarga merupakan antara lebih 500 tetamu – terdiri daripada 110 keluarga bekas pesalah berpendapatan rendah – yang menghadiri majlis berbuka puasa anjuran NeuGen Fund pada 21 Mac.

NeuGen adalah sebuah badan amal yang ditubuhkan oleh Persatuan Syarikat Kerjasama Perusahaan dan Perkhidmatan (Iscos) yang menyokong kanak-kanak dan keluarga bekas pesalah.

Majlis iftar itu, yang diadakan di dewan HomeTeamNS Khatib, telah diserikan tetamu terhormat, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Berucap di majlis itu, Dr Faishal mengiktiraf NeuGen atas usaha berterusan mereka memperkukuh ikatan dan kebersamaan keluarga.

“Kepada semua keluarga yang hadir hari ini, saya harap anda akan terus kekal berhubung dengan NeuGen dan mencari peluang untuk terus menyumbang kembali kepada masyarakat.

“Saya percaya kita semua, tidak kira latar belakang atau keadaan kita, boleh memainkan peranan dalam membangunkan masyarakat kita,” kata Dr Faishal.

Selain berbuka puasa bersama, kanak-kanak daripada lebih 110 keluarga bekas pesalah itu menyertai aktiviti serta permainan yang disediakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >