SEBANYAK 12 kes Covid-19 baru, semuanya diimport, disahkan hingga tengah hari Sabtu (20 Feb), menjadikan jumlah 59,858 kes di sini sejauh ini. Kesemua mereka telah diasingkan atau dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura, kata Kementerian Kesihatan (MOH). Tidak ada kes baru jangkitan tempatan, tambah MOH. Maklumat lebih lanjut mengenai kes terbaru ini akan dikongsi pihak kementerian dalam kenyataan akhbar kemudian.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg