Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

120 kes Covid-19 baru di Singapura; dua asrama jadi kawasan pengasingan

Apr 5, 2020 | 7:38 PM
KAWASAN PENGASINGAN: S11 Dormitory @ Punggol dan Westlite di Toh Guan diwartakan sebagai kawasan pengasingan. -
KAWASAN PENGASINGAN: S11 Dormitory @ Punggol dan Westlite di Toh Guan diwartakan sebagai kawasan pengasingan. - - - Foto fail dan ONG WEE JIN

DUA asrama pekerja asing yang mempunyai sejumlah besar kes Covid-19 telah diwartakan sebagai kawasan pengasingan untuk membendung penularan koronavirus dalam masyarakat.

Sekitar 20,000 pekerja di dua asrama itu - S11 Dormitory @ Punggol dan Westlite di Toh Guan - akan dikuarantin di dalam bilik mereka selama 14 hari akan datang.

Di samping itu, langkah akan diambil untuk mengurangkan interaksi pekerja di asrama lain. Ini termasuk menghalang pergaulan pekerja antara blok dan lantai berbeza, serta waktu makan dan riadah yang berlainan.

Pemerintah juga akan menempatkan pekerja asing yang bekerja dalam perkhidmatan penting di tempat berasingan.

Langkah-langkah itu diambil selepas Kementerian Kesihatan (MOH) mengesahkan rekod 120 kes Covid-19 pada Ahad (5 April), yang daripadanya empat diimport dan 116 kes tempatan.

Daripada kes tempatan itu, seramai 39 ialah warga Singapura atau penduduk tetap, dan 76 merupakan pemegang pas kerja jangka panjang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg