Topik diikuti
Pergi ke BHku13 diberkas berjudi secara haram; tidak patuh langkah jarak selamat
13 diberkas berjudi secara haram; tidak patuh langkah jarak selamat
SERAMAI 13 orang, terdiri dari 10 lelaki dan tiga wanita, telah diberkas polis kerana disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian haram dan pelanggaran peraturan jarak selamat (SDM).
Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, polis menyatakan anggotanya dari Divisyen Polis Ang Mo Kio telah melakukan serbuan sekitar 9.30 malam semalam di sebuah unit kediaman di Ang Mo Kio Avenue 1 dan mendapati 13 orang berkumpul dan mengambil bahagian dalam akitviti berkaitan perjudian.
Seorang lelaki 39 tahun dan seorang wanita 28 tahun ditangkap kerana disyaki menggunakan unit tersebut sebagai pusat perjudian awam, sementara lima lelaki dan dua wanita lain yang berusia antara 31 dengan 51 tahun, ditangkap kerana disyaki berjudi di dalam rumah tersebut.
Peralatan berkaitan perjudian turut dirampas, kata polis.
Kesemua mereka juga akan disiasat kerana gagal mematuhi SDM.
Di bawah Akta Pusat Perjudian Awam, kesalahan menggunakan sesuatu tempat sebagai pusat perjudian awam membawa hukuman denda antara $5,000 dengan $50,000 dan penjara tidak melebihi tiga tahun.
Mereka yang didapati bersalah berjudi di pusat sedemikian pula boleh didenda sehingga $5,000, dipenjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.
Sementara itu, mereka yang didapati bersalah melanggar SDM boleh didenda sehingga $10,000, dipenjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.