Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

13 lelaki ditangkap, disyaki anggota kongsi gelap

Mar 17, 2023 | 6:25 PM
2dbafa9a-67cd-4875-831d-e0cc4d77d75f
-

SERAMAI 13 lelaki telah ditangkap dalam beberapa siri operasi polis kerana disyaki menjadi anggota kongsi gelap yang menjalankan kegiatan menyalahi undang-undang.

Kumpulan lelaki itu berusia antara 19 dan 26 tahun, ditahan semasa operasi selama seminggu oleh Cawangan Kongsi Gelap Jabatan Siasatan Jenayah (CID) dan tujuh divisyen darat polis, kata polis dalam satu kenyataan pada Jumaat (17 Mac).

Siasatan ke atas mereka yang ditangkap sedang dijalankan.

Lebih 150 orang, serta lebih 40 pusat hiburan awam, pusat hiburan malam dan kedai makanan dan minuman juga diperiksa semasa serbuan antara 10 dengan 17 Mac.

Sesiapa yang didapati bersalah menjadi anggota kongsi gelap boleh didenda sehingga $5,000, dipenjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Pihak polis berkata mereka mempunyai pendirian toleransi sifar terhadap mana-mana kongsi gelap dan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang yang mengancam keselamatan awam, sambil menambah bahawa mereka akan terus menjalankan operasi penguatkuasaan secara tetap.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang didapati mempunyai kaitan dengan kongsi gelap dan memilih untuk melanggar undang-undang," kata kenyataan polis itu.

"Orang ramai juga dinasihatkan supaya mengelakkan sebarang kegiatan haram dan melaporkan mereka yang terlibat dalam kegiatan haram itu kepada polis dengan segera," tambah kenyataan itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg