Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

13 lelaki ditangkap sebab disyaki merusuh di Choa Chu Kang

Feb 29, 2020 | 1:41 PM
Senjata yang berbahaya seperti pisau dan besi yang dipercayai digunakan dalam pergaduhan itu telah dirampas polis.
Senjata yang berbahaya seperti pisau dan besi yang dipercayai digunakan dalam pergaduhan itu telah dirampas polis. - SCREENGRAB DARI ALLSINGAPORESTUFF/ FACEBOOK

13 lelaki berusia di antara 17 dengan 28 tahun, telah ditangkap kerana disyaki terlibat dalam satu kes rusuhan yang menggunakan senjata di Choa Chu Kang.

Polis telah dimaklumkan mengenai kes rusuhan itu di 10, Choa Chu Kang Way pada Khamis lalu, sekitar 2.25 petang, menurut satu kenyataan hari ini, (29 Februari) yang dilaporkan The Straits Times.

Para pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (CID) dan Divisyen Polis Jurong telah menentukan identiti 13 suspek dan menangkap mereka dalam masa 28 jam di pelbagai lokasi di Jalan Bukit Merah, West Coast Road, Yishun, Bukit Batok dan Lower Kent Ridge Road.

Senjata seperti pisau dan besi yang dipercayai digunakan semasa bergaduh, telah dirampas.

Lima daripada 13 lelaki dijangka didakwa di mahkamah hari ini atas tuduhan merusuh dengan senjata berbahaya, yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan dirotan.

Baki lapan lelaki dijangka didakwa pada hari ini kerana berkumpul secara haram dan memiliki senjata berbahaya. Jika disabit kesalahan, mereka boleh dikenakan penjara sehingga lima tahun, dirotan atau sebarang gabungan hukuman tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg