1,300 keluarga flat sewa di Punggol West terima habuan makanan
Premium
1,300 keluarga flat sewa di Punggol West terima habuan makanan
Sep 3, 2019 | 5:30 AM
KERJASAMA BANTU YANG MEMERLUKAN: Sukarelawan dari pelbagai latar belakang dan juga agama berkumpul untuk mengagihkan makanan kepada penduduk yang memerlukan di kawasan Punggol dalam aktiviti yang dianjurkan bersama Masjid Al-Islah, Punggol West IRCC, Kuil Darmakaya dan Church of the Transfiguration Sabtu lalu. - Foto BH oleh LIM YAOHUI -
SEKITAR 1,300 keluarga di Punggol West telah menerima habuan makanan di bawah projek kemasyarakatan, 'Blessings in Harmony', hasil kerjasama badan-badan berbilang agama di kawasan itu.
Inisiatif yang memasuki tahun ketiga itu adalah hasil gabungan tenaga di antara Masjid Al-Islah, Kumpulan Keyakinan Antara Kaum dan Agama (IRCC) Punggol West, Kuil Darmakaya dan gereja, Church of the Transfiguration.

