SERAMAI 14 pengunjung pertama daripada Brunei Darussalam dan New Zealand tiba di Lapangan Terbang Changi di bawah skim Pas Perjalanan Udara (ATP) pada Selasa (8 September).
Lima daripada mereka berkunjung ke sini dari Brunei manakala sembilan datang dari New Zealand.
Menjawab pertanyaan media, Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) menjelaskan pengunjung daripada Brunei dan New Zealand dibenarkan memasuki Singapura menerusi skim ATP kerana situasi virus Covid-19 di dua negara ini berada dalam kawalan yang baik.
Justeru, risiko kes import berlaku adalah rendah.
Menurut CAAS lagi, pengunjung boleh memohon ATP bagi kemasukan sekali sahaja antara tujuh hingga 30 hari sebelum tarikh mereka merancang bagi mengunjungi Singapura.
Sejak permohonan bagi skim ATP dibuka pada 1 September lalu, 136 ATP sudah dikeluarkan dengan 14 pengunjung sudah pun berkunjung ke sini.
59 pemohon datang dari Brunei manakala 77 yang lain pula New Zealand.
Pengunjung jangka pendek di bawah skim ATP harus patuh pada ketetapan skim tersebut.
Ini termasuk menjalani ujian mengesan genetik virus Covid-19 atau Reaksi Rantaian Polymerase (PCR) setibanya di Singapura sebagai gantian pada Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) serta memuatturun dan menggunakan aplikasi TraceTogether sepanjang mereka di Singapura.
“
Keterangan tentang ketetapan perjalanan boleh dilungsuri menerusi laman https://safetravel.ica.gov.sg.

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg